19 September, 2008

Kursus jangka pendek buat para imam solat (1)

Perhatian: "Kursus ini hanya ditujukan kepada para penganut Islam yang akan atau telah menjadi imam dalam solat berjamaah, tetapi masih tidak mahu berfikir soal kebajikan para makmum di belakang mereka selama ini.

baca tulisan ini sepenuhnya..

18 September, 2008

Politik

Ada orang kata politik itu kotor. Politik adalah seni kepada apa yang mustahil. Tiada apa yang mustahil dalam politik. Politik adalah pembohongan. Politik menghalalkan cara, asalkan matlamat tercapai.

baca tulisan ini sepenuhnya..

15 September, 2008

Gagak berlagak merak

Sungguh berani engkau wahai gagak.
Tuhan telah jadikan engkau seekor gagak.
Mengapa dikau cuba berlagak seekor merak?
Biarkan gagak yang berlagak merak.
Biarkan gagak ditempelak dengan lagaknya.
Kerna aku sedang marah dan benci
Kepada manusia yang berlagak Tuhan.

baca tulisan ini sepenuhnya..

09 September, 2008

Wad Semikritikal, Zon Kuning

Jumaat malam Sabtu lepas, saat aku berbaring empuk di atas hamparan putih di balik tirai, tiba-tiba saja terdengar jeritan menangis yang asalnya jauh. Akhirnya mendekat.

baca tulisan ini sepenuhnya..

05 September, 2008

Ubat

Kenapa ramai orang yang sakit dan tidak sihat, memilih untuk makan ubat? Kenapa mesti makan ubat? Kalau tak makan, tak boleh? Saya rasa, orang makan ubat sebab nak hilangkan sakit. Juga sebab tak tahan dengan kesakitan penyakit. Kalau semua orang mampu menahan sakit, atau sistem imun tubuh mereka hebat, maka mereka tak perlukan ubat lagi.

03 September, 2008

Wali dan Ramadhan

Aku dengki dengan para wali. Kata Tuhan, mereka dikatakan tidak takut dan tidak bersedih hati. Yang aku tahu, semua manusia pernah takut dan sedih. Bukan manusiakah mereka ini?

Buat Muhammadiyyun
Selamat bercanda ria
Berpesta temasya
Dalam taman indah
Syurga dunia
Girang gembira
Ramadhan mulia.

21 August, 2008

Pesta sesumpah

Sumpah ada dua jenis. Jenis pertama, sumpah benar. Yakni, tubuh yang bersumpah, berkata benar. Jenis kedua, sumpah palsu. Yakni, tubuh yang bersumpah berkata bohong. Siapa yang berkata benar dalam sumpahnya, sudah pasti akan selamat bila dia dihidupkan sesudah mati. Cuma, semasa hidup di atas dunia, kadang kala dia kelihatan selamat dan kadang kala dia kelihatan ditimpa musibah.

baca tulisan ini sepenuhnya..

19 August, 2008

Rasa berTuhan

Ada seorang pemuda Muslim yang kehabisan wang. Dia agak lapar. Masalah pula bertimpa-timpa menghujani dirinya. Sudah terjatuh, ditimpa tangga pula. Dia menangis keseorangan. Teresak-esak. Dia sudah mati akal dan tidak mampu bertahan lagi. Lalu, dia bingkas bangun dari kerusinya dan terus sujud. Sujud yang bukan solat. Hanya sujud semata-mata. Dalam sujud itu dia berbisik sambil teresak berlinangan air mata. Air matanya jatuh menitis di atas hamparan baldu: "Tuhan..jika Kau benar-benar wujud, tunjukkanlah kuasaMu. Aku lapar dan tiada wang. Berikanlah aku makanan. Berikanlah aku wang".

baca tulisan ini sepenuhnya..

14 August, 2008

Kes kajian: Hanya cadangan

Katakan saya berada dalam sebuah mesyuarat. Sudah tentu sepanjang mesyuarat berlangsung, akan berlaku banyak perbahasan, cadangan dan idea dimuntahkan oleh para ahli sidang. Sudah tentu terlalu banyak idea-idea yang tidak bersama, berlainan dan berbeza, kerana kepala para ahli sidang juga berbeza. Akal juga berbeza.

baca tulisan ini sepenuhnya..

13 August, 2008

Melayu


Mengislamkan Melayu, tak mengapa.
Memelayukan Islam, jangan sekali.

Picture source

berapa lama?

Berapa lama yang diperlukan bagi seorang muallaf
untuk menghilangkan gelaran muallaf?
Jika tiada tempoh,
maka Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali
masih muallaf sehingga ke hari ini.

baca tulisan ini sepenuhnya..

17 July, 2008

Ramah dan diam

Ada seorang peramah dan seorang pendiam. Si peramah mengeluh dan mengadu perasaan kepada si pendiam. Katanya, aku teringin menjadi pendiam semacam kamu. Ya lah, apabila aku ramah,

baca tulisan ini sepenuhnya..

07 July, 2008

Tuduh-tuduh

Beban pembuktian kebenaran sesuatu dakwaan atau tuduhan, terletak di atas bahu si pendakwa atau si penuduh. Bagaimana? iaitu lah melalui proses perbicaraan mahkamah dan perundangan yang suci. Apa kayu ukur atau tanda aras tahap kesucian mahkamah jika hakim boleh diperdagangkan? Di mana lagi di dunia ini mahkamah yang suci?

baca tulisan ini sepenuhnya..

11 June, 2008

Kebencian terpilih (2)

Jika seorang Ramasami
yang kemalangan,

namun dia tidak ditolong hanya
kerana dia seorang India,

maka dia adalah
orang-orang yang telah dizalimi.

baca tulisan ini sepenuhnya..

10 June, 2008

Doa


Berdoa itu syurga dunia.
Dan siapakah lagi
yang takkan pernah mungkir janjinya,
jika bukan Tuhan?

05 June, 2008

Apa akan jadi?

Selalunya manusia, termasuk saya, akan lebih mendekati Tuhan di saat-saat genting, takut amat, sedih hiba, susah hati, gerun, cemas, bimbang dan pelbagai lagi rasa yang tidak enak. Mereka tidak akan melupakan Tuhan pada saat-saat begini. Baik, apa akan jadi andai perkara ini berlaku terbalik? Iaitu manusia memilih untuk lebih dan lebih dan lebih lagi mendekati Tuhan di saat mereka senang, enak, nyaman, lapang, kaya, berduit, bahagia, gembira dan rasa enak yang lain, apa akan jadi?

Picture Source

04 June, 2008

Taqdir

Siapakah Tuhan? Yang dinamakan Tuhan itu, pasti Maha Mengetahui segalanya, yang di langit mahupun yang di bumi, yang di luar mahupun yang di dalam hati. Dia sudah tahu apa yang sudah, sedang dan akan terjadi. Seandainya dia tidak tahu apa yang akan terjadi, maka dia bukan Tuhan, tetapi hanya makhluk.

baca tulisan ini sepenuhnya..

Nasib ayam

Nasib yang sedang berada di tangan manusia adalah sejenis nikmat kurniaan Tuhan. Manusia pada asalnya bernasib baik, kerna semua yang telah dan akan ditentukan Tuhan adalah baik belaka. Nah, cuba lihat kes ini: Ayam adalah sejenis hidupan. Tak siapa pun dibenarkan menyakiti ayam.

baca tulisan ini sepenuhnya..

03 June, 2008

Hadith Usamah

"Rasulullah saw. mengirim kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah di pagi hari. Lalu aku menjumpai seorang kafir. Dia mengucapkan: Laa ilaaha illallah, tetapi aku tetap menikamnya. Ternyata kejadian itu membekas dalam jiwaku, maka aku menuturkannya kepada Nabi saw. Rasulullah saw. bertanya: Apakah ia mengucapkan: Laa ilaaha illallah dan engkau tetap membunuhnya? Aku menjawab: Wahai Rasulullah, ia mengucapkan itu hanya karena takut pedang. Rasulullah saw. bersabda: Apakah engkau sudah membelah dadanya sehingga engkau tahu apakah hatinya berucap demikian atau tidak? Beliau terus mengulangi perkataan itu kepadaku, hingga aku berkhayal kalau saja aku baru masuk Islam pada hari itu. Saad berkata: Demi Allah, aku tidak membunuh seorang muslim, hingga dibunuh Dzul Buthain, Usamah. Seseorang berkata: Bukankah Allah telah berfirman: Dan perangilah mereka, agar tidak ada fitnah dan agar agama itu semata-mata untuk Allah. Saad berkata: Kami telah berperang, agar tidak ada fitnah. Sedangkan engkau dan pengikut-pengikutmu ingin berperang, agar timbul fitnah."


(Hadith ini sahih, riwayat Imam Muslim. Nombor hadith (bahasa arab): 140. Untuk shbat2 merujuk: klik di sini)

Hadith berkenaan dosa yang tersembunyi.

Ini adalah hadith sokongan kepada tulisan terakhir "Dosa tersembunyi (episod akhir)"

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Sumber hadith: klik di sini

Kebencian terpilih (1)

Saya dan Haji Amar sedang minum-minum malam di sebuah kedai makan. Tiba-tiba berlaku kemalangan jalan raya di hadapan saya. Bunyi dentum yang tidak kurang kuatnya kedengaran memecah suasana. Semua mata melihat kearah jalan.

baca tulisan ini sepenuhnya..

02 June, 2008

Dia

Doa itu hakikat.
Solat itu hakikat.
Dia itu hakikat.

baca tulisan ini sepenuhnya..

Pernyataan 1

"Sesungguhnya, saya berlepas diri daripada sebarang syak dan tanggapan tidak benar terhadap keseluruhan kandungan blog ini. Melainkan mereka mendapatkan penjelasan saya. Semoga Tuhan menyelamatkan saya dan menerima seluruh amal saya."

~ untuk sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda pada ruang komen setiap posting.

Bismillah..

Andai dikatakan "dengan pena ini, saya menulis", ertinya saya menulis dengan menggunakan pena ini. Maka, begitulah juga jika di permulaan blog ini, saya mulakan dengan berkata "Bismillah..saya rasmikan blog ini" (makna: "Dengan nama Tuhan (Allah)..saya rasmikan blog ini"). Sebagai lambang keberkatan. Lambang sebuah permulaan.