19 September, 2008

Kursus jangka pendek buat para imam solat (1)

Perhatian: "Kursus ini hanya ditujukan kepada para penganut Islam yang akan atau telah menjadi imam dalam solat berjamaah, tetapi masih tidak mahu berfikir soal kebajikan para makmum di belakang mereka selama ini. Kursus ini mungkin tidak berhikmah, berbaur emosi dan dihujani dengan soalan-soalan bernada keras, tetapi masih lagi berada dalam daerah rasional, agar mereka tersentak dan mahu berfikir seketika tentang kebajikan para makmum mereka selama ini. Kursus ini tidak ditujukan kepada para imam yang bijak, mahu berfikir, prihatin dan bertindak menjaga kebajikan para makmum mereka dalam solat"

Wahai para imam solat, ini kursus pertama. Ini soalan-soalannya:

1. Siapa yang telah mengatakan bahawa WAJIB untuk kamu membaca Surah As-Sajdah dalam rakaat pertama solat Subuh setiap kali pagi Jumaat?

2. Jika kamu katakan tidak wajib, mengapa kamu terlalu kerap, malah mungkin tidak pernah berubah dan membaca surah itu secara tetap selama belasan tahun sejak dahulu hingga kini, sehingga kami para makmum merasakan seakan-akan WAJIB hukumnya untuk kamu membaca Surah As-Sajdah dalam solat Subuh setiap pagi Jumaat?

3. Siapa yang telah mengajar kamu agar membaca Surah Al-Insan pula pada rakaat kedua solat Subuh sesudah kamu membaca Surah As-Sajdah pada rakaat pertama tadi?

4. Adakah WAJIB hukumnya membaca Surah Al-Insan pula sesudah membaca Surah As-Sajdah?

5. Tidakkah kamu melihat dan ambil tahu, bahawa di saat kamu menjadi imam, ada pelbagai lapisan dan latar orang yang menjadi makmum kamu, iaitu kanak-kanak, orang uzur, orang yang ada keperluan, orang tua yang tidak mampu berdiri lama, dan lain-lain?

6. Tidakkah kamu tahu, andai Rasulullah masih ada pada hari ini, dan hal ini diadukan kepadanya, nescaya akan merahlah wajah Rasulullah, lantaran marahnya kepada sikap kamu saat menjadi imam solat?

Sekian untuk kursus pertama. Jika tiada perubahan, nantikan kursus kedua.

2 comments:

Anonymous said...

fahri berkata: Ya...Islam itu mudah, maka mudahkan lah agar mudah bagi kita untuk menghayati keindahannya...

muhammad said...

fahri: malah, firman Allah:

"...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..." [Al-Baqarah: 185].

"... Dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama ..." [Al-Hajj: 78]

bukan kita yg mdakwa islam itu mudah, ttapi baginda Rasulullah sndiri pn pernah bsabda:

"Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan terkalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna suatu hari kelak). Oleh karena itu, berlaku luruslah, bersederhanalah (tidak melampaui batas), dan bergembiralah (karena memperoleh pahala) serta memohon pertolongan (kepada Allah) dengan ibadah pada waktu pagi, petang dan sebagian malam." - HR. Al-Bukhari (no. 39), Kitabul Iman bab Addiinu Yusrun, dan an-Nasa'i (VIII/122), dari Shahabat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu. (Sumber hadis ini)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda lg:

"Permudahlah dan jangan mempersulit, berikanlah khabar gembira dan jangan membuat orang lari(menjauhi, lantaran kpayahan n sukar) - HR. Al-Bukhari (no. 69, 6125), Muslim (no. 1734) dan Ahmad (III/131) dari Shahabat Anas Radhiyallahu anhu. Lafazh ini milik al-Bukhari.(Sumber hadis ini)

Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani menerangkan ungkapan "Sesungguhnya agama itu mudah" dalam kitabnya yang tiada banding (yang bernama) : Fathul Baariy Syarh Shahih Al-Bukhari 1/116. Beliau berkata : "Islam itu adalah agama yang mudah, atau dinamakan agama itu mudah sebagai ungkapan lebih (mudah) dibanding dengan agama-agama sebelumnya. Karena Allah Jalla Jalaluhu mengangkat dari umat ini beban (syariat) yang dipikulkan kepada umat-umat
sebelumnya. Contoh yang paling jelas tentang hal ini adalah (dalam masalah taubat), taubatnya umat terdahulu adalah dengan membunuh diri mereka sendiri. Sedangkan taubatnya umat ini adalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa) dan berazam (berkemauan kuat) untuk tidak mengulangi.sumber