02 August, 2009

Ustaz call rancangan ScoreBoard, TV3

Isnin lalu (27/7/09), saya secara tak sengaja ikuti rancangan yang saya agak kurang minat-scoreboard-di tv3. Namun sekali sekala saya tetap tontoninya. Rancangan itu menjemput otai-otai badminton negara -adik-beradik, anak-anak Sidek. Seperti biasa, akan ada penonton yang akan membuat panggilan untuk menyumbang pendapat, idea dan kritikan membina demi kemajuan sukan negara.

Tiba-tiba, malam itu, apa yang membuatkan saya teruja dan agak terkejut, Ustaz Wan Sohor Bani telah berjaya membuat panggilan telefon ke program itu. Otai-otai badminton pun kelihatannya sedikit terkejut dan turut senyum-senyum. Mungkin mereka tidak menyangka bahawa seorang bergelar ustaz akan membuat penggilan ke sebuah program sukan di TV dan memberikan komentarnya terhadap sukan badminton negara malam itu. Ustaz telah memberikan pandangan peribadinya dan teguran positifnya terhadap mutu dan persembahan perlawanan pasukan badminton negara baru-baru ini.

Apa yang amat menyenangkan hati saya ialah: seorang bergelar ustaz telah berjaya keluar daripada imej kebiasaannya (bagi seorang yang bergelar ustaz: kuliah, masjid, kopiah, jubah, tazkirah, solat), malah telah mengharumkan nama golongan agamawan, dengan turut terlibat mengambil tahu hal-hal sukan sebagai contoh. Ini mencerminkan keluasan agama yang dianutinya, seperti yang sering mereka laung-laungkan: "Islam is the way of life", kerana mereka turut mengambil tahu hal-hal sukan. Jika begini sikap agamawan (juga tanpa imej yang 'menakutkan'), maka insyaAllah saya amat yakin mereka semua akan semakin mudah dan senang didekati masyarakat kebanyakan.

Firman AllaLh S.W.T:

Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati (terhadap mereka dalam menyampaikan dakwah), nescaya tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada kamu."
(surah Ali-Imran : 159)

*saya telah pun menulis komen balas terhadap isu yang dibangkitkan dalam komen posting catatan remeh temeh 3.

5 comments:

nuna_sarah said...

sya suke post ni..tapi ayat yang 'imej menakutkan' tu agak hahahaha...teringat cerita adik sya tentang org2 tabligh yang sentiasa berkunjung ke kampung menarik anak2 muda yang ngah lepak kt bustop..tetiba bustop akan kosong time kunjungan tabligh tu..mungkin ini imej yang menakutkan tu..hahaha
tp bg sya masyrakat diluar akan lebih 'memandang' uztaz yang hanya bukan uztaz...yang lebih 'pelbagai' mungkin

-_-

hakimi mahmud said...

huhu..memang menarik pesta2 golongan kiri tu..sy pun dah seminggu balik aloq setaq..dok kat umah tatau nak wat pa..ni no sy kat msia, 0123771084..kalau ada pa2 abg fahmi kol la sy..sy mcm minat gak..

muhammad said...

sarah: emm, iya, mgkin itu jgk tmasuk dlm radius 'menakutkan' tu. sy prnah disapa sorg tabligh lps solat subuh kt sbuah surau. dia minta tlg sy bg masa sket utk dia katakn ssuatu. sy kata, boleh, xda masalah, sy ok. cuma, sy kata syaratnya, komunikasi mestilah 2hala. bukan sehala. n suasananya suasana prbincangn, brtukar pndpt n idea. trus dia brubah n xjd nk amik masa sy. ada hal katanya. :)

nakula: insyaAllah, klu ada pape progrm, sy akn SMS doctor ya. :)

Aku Azman said...

Bang, menarik entry ni. Uploadlah ke Harianmalaysia.com...

Nuna sarah & nakula sadewa, jemput ke harianmalaysia.com ye

muhammad said...

Saif, sory2 mory. nnti sy upload. :)