27 July, 2009

Catatan remeh temeh 3

Belum pun sempat saya menulis dan menyambung perbincangan topik dalam catatan remeh temeh 2, saya sudah terlalu kepingin dan mengidam melaporkan kes yang berlaku pada saya semalam. Tak apa lah, nanti-nantilah saya sambung menulis catatan remeh temeh 2 itu. Harap kawan-kawan bersabar ya.

Begini ceritanya, semalam, saya bersama H.Fansuri, S.Azman dan adiknya, Firdaus, ke kedai buku MPH di Jaya Jusco Wangsa Maju. Tiba waktu maghrib, saya yang memang sudah sedia dalam keadaan berwudhuk, masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat maghrib. Ada dua kelompok manusia dalam surau yang sempit saat itu. Pertama, kelompok yang sedang solat berjamaah menghabiskan rakaat terakhir. Kelompok kedua (kelompok saya) sedang berdiri di bahagian belakang, menanti kelompok pertama habis solat. Kelompok kedua tak dapat solat kerna ruang yang sempit berhampiran paip wudhuk. Bila imam kelompok pertama memberi salam, dia teruskan dengan berzikir pula, lalu disusuli berdoa. Kelompok kedua masih menanti dengan sabar.

Setelah mereka tamat berdoa dan telah bangun, barulah kelompok kedua berpeluang untuk solat. Kelompok kedua sungguh bertuah, kerna seorang lelaki yang menampilkan dirinya ke hadapan untuk menjadi imam, memahami suasana ketika itu -suasana waktu maghrib yang pendek dan singkat -jumlah orang ramai yang ingin solat -ruang surau yang kecil dan sempit -orang ramai yang mempunyai pelbagai hajat dan urusan yang perlu diselesaikan dengan segera, -serta permasalahan lain yang timbul kala itu.

Imam kelompok kedua ringkas saja bacaan surahnya. Ringan saja pergerakan solatnya. Dia memang memahami keadaan makmum dan suasana surau itu yang tidak menyelesakan dan masalah-masalah lain. Sebaik saja dia memberi salam penyudah solat, dia bingkas saja bangun dengan selamba. Tanpa zikir. Tanpa doa. Dia memang benar-benar faham suasana dalam surau itu dan keperluan jamaahnya, kerna sudah ada kelompok ketiga pula yang sedang menunggu untuk solat.

Inilah pertama kali dalam hidup, saya melihat seorang imam solat yang bijak dan berani melakukan begitu di tempat awam sebaik saja sudah memberi salam solat. Telah lama saya nantikan kehadiran imam sebegini yang memahami suasana persekitarannya. Hati kecil saya memang memuji tindakannya saat itu. Sebelum-sebelum ini, seringkali saja saya 'kecewa' sewaktu singgah solat di hentian-hentian rehat PLUS, surau-surau pasaraya dan stesen-stesen minyak, kerna imamnya tidak memahami keadaan sekeliling. Ada yang panjang bacaan surahnya. Ada yang -berzikir-berdoa- panjang-panjang walaupun ramai orang belum solat sedang menantinya bangun.

Saya tidak salahkan imam kelompok pertama kerna saya berbaik sangka dengannya. Mungkin dia tidak memahami suasana di belakangnya, atau tidak terlintas di fikirannya tentang masalah-masalah yang timbul di persekitarannya. Jika saya berpeluang memberitahunya, saya akan nyatakan bahawa antara doa, zikir dan solat fardhu, solat fardhu lah yang lebih penting. Zikir dan berdoa pula, tidak semestinya dilakukan juga sebaik sesudah solat memandangkan terdapat ramai lagi orang yang belum solat di belakangnya dan sedang menantinya bangun.

Dalam Shahih Muslim, Kitab al-Solat, Bab menyuruh imam meringankan bacaan solat, hadis no: 468, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Imamilah kaum kamu, sesiapa yang menjadi imam (solat) sesuatu kaum maka hendaklah dia meringankan (memendekkan) bacaan; kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang-orang tua (yang mungkin uzur dan tidak boleh berdiri lama -saya); kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada yang sakit; kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada yang lemah; dan kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum) ada orang yang mempunyai urusan (urusan: yang perlu diselesaikan atau disegerakan -saya). Apabila salah seorang daripada kalian solat bersendirian, maka solatlah sekehendak dirinya" (sekehendak dirinya: terpulang kepadanya jika ingin memanjangkan solat sesuka hatinya. Tidak boleh dia memberatkan atau memanjangkan solat jika dia sedang menjadi imam -saya).(Sumber hadith)

6 comments:

Anonymous said...

Bang, kita boleh solat dlm bahasa melayu ka?

NaO_91 said...

mana boleh.

Anonymous said...

kenapa tak boleh?

Bani Saad said...

solat dalam bahasa melayu boleh.namun ada beberapa perkara harus diteliti

NaO_91 said...

kan solat wajib dalam bahasa arab,melainkan baca doa..ayat quran pun bahasa arab kan.

muhammad said...

Mcm kenal je mamat anonimus yg tnya ni. Bukan ke kita bru je bincang psl hal ni lewat YM n meeting di greenwood, sri gombak, kan? :) Cuma, kamu je yg x respon2 smpai arini. :)

Emm, xpelah, sy cuba sentuh sjauh sy tahu pn ok lah. Samping tu, sy galakkan sidang pmbaca utk bg komen tmbahan ttg psoalan ini @ ttg posting nih. Kita buka pbincangn ni scra jujur, telus, demi cari kbnaran. Xsalah utk trsalah swaktu memerah kringat dlm mcari suatu kbnaran. Klu dhujung nnti sy xdpt wat rumusan @ bg jwapn, insyaAllah sy akn cetuskn prsoalan tmbahan kpd isu ni.

Ada pndpt trpencil yg mgatakn boleh solat dlm bahsa parsi, tp sy dh xingat kt mana sy dpt tahu hal ni. Namun, sy blum prnah dgr prsoalan solat dlm b.mlayu.

Izinkn sy melencong n melalut sket dg xhanya komen balas dlm bab ni smata2. Baik, coba renungkn prtimbangan ni: Kita sedia maklum n beriman bahwa al-Quran dturunkn dlm b.arab. Allah lah yg telah memilih b.arab sbg medium firmanNya dlm kitab agung umat akhir zaman. Namun, b.arab bukanlah medium pilihan Allah utk mwakili firmanNya dlm kitab2 wahyu trdahulu sblm Al-quran, iaitu B.ibrani. Jd, bahsa yg mendominasi agama akhir zaman(Islam) ialah b.arab, kerna wahyuNya dlm b.arab n dturunkn pula kpd bangsa arab (apakah wahyu trakhir brkmungkinan dturunkn dlm b.cina jika nabi akhir zaman kelahiran tanah besar China?).

Solat adlah ibadat yg dsyariatkn dg mgunakan b.arab, namun adakah kita benar2 wajib solat dlm b.arab? Sy blum boleh wat kputusan pringkat diri sy brknaan hal ni. Timbul psoalan, kita kata Islam melangkaui smpadan masa n tempat, geografi, warna kulit, bangsa, ktrunan malah bahasa. Jd, knapa seakan2 brlaku 'pemaksaan' ke ats bangsa2 lain (bukn arab) yg menerima islam kerna tpaksa belajar @ mahami jgk b.arab, malah ibadat solat mreka jgk mesti dlm b.arab, seakan2 b.arab adlah bahsa rasmi Islam? Bagaimana dg agama2 wahyu trdahulu yg mgunakan b.ibrani? Jika kita mbuat kputusan bahwa solat mmg WAJIB dlm b.arab, maka kita tlah mbuat ksmpulan bahwa satu2nya jalan utk menyembah Allah (solat) adlah dg hanya mgunakn satu bahsa yg tunggal saja-b.arab-. Jika bgitu, kita tlah mnyempitkn kluasan rahmat dlm Islam. Dan, adakah pula syarat utk brdialog mnyembah Allah itu WAJIB dlm b.arab? Kita jgk xboleh -sy rasa- mndakwa dg mudah n dangkal bahwa solat wajib dlm b.arab dg alasan bahwa Nabi Muhammad solat dlm b.arab. Sy blum mampu mbuat kputusan brknaan ini wlau slama ini sy mmg solat dlm b.arab. Semua psoalan ni pula timbul saat sy brfikir n mcari jwpn akn hal ini. Jika ssiapa yg lbih arif utk mjwb, silakn. Kita sama2 kupas hingga puas. wallahu a'lam.