11 August, 2009

Kemajmukan yang harmoni

Sabtu malam Ahad lepas (8-8-09), saya dan A. Fadhli ke pesta buku GerakBudaya, Petaling Jaya. Hampir jam 1900 kami tiba di GerakBudaya, sebuah banglo nyaman, hijau berhalaman, bernombor 11, Jalan 11/4e, dalam Seksyen 11, Petaling Jaya. Banglo ini mirip hampir-hampir seperti banglonya Syarifah Amani dalam filem arahan Yasmin: Sepet. Memang cantik lamannya.

***
Saya membelek buku-buku yang terhidang enak di atas 4 rak di hadapan halaman banglo ini. Lebih kurang 10 orang pengunjung pelbagai bangsa sedang khusyuk memilih buku. Mungkin hanya saya dan A. Fadhli sahaja yang berbangsa Malayo. Entah-entah pengunjung pagi tadi lebih ramai berbanding sebelah petang-senja. Saya disambut dengan senyuman seorang perempuan Cina pertengahan usia. Silakan, katanya. Mungkin dia antara pemilik banglo GerakBudaya yang menganjurkan pesta buku itu. Saya terus mencari-cari buku bertajuk kurang lebih: "Ruang Awam dan Masyarakat Sivil" yang dipesan Suhaib. Namun, puas saya mencari, tetap enggak ada bukunya. Saya akhirnya memilih buku untuk saya, air tangan Prof. Kong Yuanzhi yang bertajuk panjang: "Muslim Tionghoa-Cheng Ho (laksamana)-Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara" yang disunting oleh Prof. H. M. Hembing Wijayakusuma, kata pengantar oleh Prof. Ali Yafie.

***
Sambil terus membelek dan memilih buku-buku lain, saya berkenalan dengan seorang pengunjung lelaki Cina yang sedang berdiri di sebelah saya. Dia tersenyum. Teoh namanya. Ingin sekali saya berseloroh ringan: "Nama anda, sama seperti nama yang seorang lagi di pejabat SPRM, Plaza Masalam itu yang belum selesai kesnya". Namun, saya matikan saja niat itu. Sensitif. Kemudian saya disapa mesra oleh En. Chong, mungkin pemilik banglo merangkap tuan rumah pesta buku itu. Dia Cina yang berbicara gaya Indonesia separa pekat. Bila saya tanya, dari mana beliau berasal? Jawabnya: "iya, saya tinggal saja di sini, tetapi saya berasal dari Nusantara, kita semua dari rumpun yang sama, kan begitu?". Saya sedikit tercengang mendengar seorang Cina berbicara gaya Indonesia, seperti tercengangnya saya suatu masa dahulu melayan seorang lelaki Cina yang berbahasa Kelantan pekat, di sebuah stesen minyak. En. Chong mempelawa saya dan A. Fadhli untuk menikmati hidangan nasi lemak yang disediakan percuma untuk para pengunjung. Seperti tahu apa yang saya bimbangkan, En. Chong membalas: "Jangan bimbang, di sana itu nasi lemak Muslim Indonesia", sambil tersenyum. Kelihatan juga seorang bibik indon sedang menyusun pinggan-pinggan bersih di situ.

***
Tiba waktu Maghrib, saya yang tidak biasa dengan kawasan itu, sengaja berkenalan singkat dengan seorang India yang sedang memegang banyak buku. Uthaya namanya. Inilah pertama kali dalam hidup, saya bertanya lokasi sebuah masjid kepada seorang India. Sengaja saya buat begitu. Saya ingin mengkaji serba sedikit pluralisme di Malaysia. Beberapa minggu sahaja lagi saya akan bentangkan pendapat saya berkenaan pluralisme di hadapan rakan-rakan. Uthaya dengan ramah sekali menjelaskan lokasi masjid terdekat dan jalan mana yang harus dipilih untuk ke situ. Kesungguhan Uthaya semakin bertambah dengan lakaran peta ringkas olehnya sebagai panduan tambahan untuk saya ke masjid. Uthaya seakan bimbang jika saya tersesat, sebab itu dia membuat lakaran tambahan. Saya akhirnya sampai ke masjid berbantukan lakaran itu dan terus bersolat maghrib. Terima kasih tak terhingga atas keramahan semua. "Assalamu 'ala manittaba'al huda".

6 comments:

nuna_sarah said...

setiap kali posting awak mesti ade intipastinya...plurisma indonesia-mereka satu bangsa-INDONESIA

muhammad said...

sy hnya nk mluah n nk smpaikn ssuatu je dlm stiap posting. biasanya, sy jarang mberi kata putus utk org lain. sy lebih suka hidangkn pilihan. klu ada kata putus dlm stiap posting, kptusn tu mgkin hnya pd pringkat diri sy.

sllunya, sy serahkn pd pmbaca utk wat kptusan pringkat akhir utk diri mreka sndri, kerna bila mreka mahu memerah kringat-brfikir utk mbuat suatu tafsiran @ kputusan, apatah lg utk diri mereka sndiri, mereka broleh ganjaran dr Tuhan ats ksungguhan itu, samaada kputusn mreka tu benar mahupn salah(salah yg xdisengajakn, salah dlm proses blajar, salah stelah brusaha, brfikir lalu mbuat kputusn).

bg sy, klu brlaku penolakan trhadap apa yg sy bentangkn pn xmengapa, yg lbih penting memadailah klu ssiapa yg mmbaca mahu brfikir sekadar utk bbrapa detik. itu sudah mbuat hati sy puas bahagia, insyaAllah. :)

Respons: pluralisme 'satu bangsa' @ 'negara bangsa', sila tonton klip video dokumentari pendek oleh saudara Fahmi Reza (Pemenang Freedom Film Fest 2007) brtajuk: "10 tahun sebelum merdeka"-klik di sini (prhatikn rakaman pd minit ke 5:12 saat ke atas, tentang smua bangsa malaya mnjd bangsa melayu.)

hakimi mahmud said...

jumpa dengan Uthaya?Uthaya Sangkar?yang kurus2?wah..bertuah la kalau bertemu dengan beliau, seorang penulis cerpen berbahasa Melayu yang sangat bagus..

Aku Azman said...

bang jumpa uthaya shangkar eh? hmmm org tepen tu....angkatan generasi perjuang sastera malayo dari kumpulan aliran india....katanya kumpulan ini dididik oleh usman awang.

muhammad said...

nakula n siful: oh, bukan uthaya sangkar tu. ni bru ptama kali sy tahu uthaya yg nakula n saiful mksudkn tu adlah sorg pnulis cerpen b.melayu. n (anak didik usman awang?). Klu btul, ini mklumat baru bg sy. suatu mklumat yg menarik. klu tak silap sy, uthaya yg sama jugak yg jd host stiap pagi d RTM tu kan? sbnarnya, uthaya yg sy jumpa pd ptg tu, buknlah uthaya yg dimksudkn tu. Uthaya lain.

NaO_91 said...

uthaya..