20 August, 2009

Catatan remeh temeh 4 : Puasa

Saya terus saja kepada isu: Mana lebih bagus (mulia?)-berpuasa atau berbuka-semasa kita dalam musafir? Para sahabat kalau bermusafir, sebahagian mereka ada yang berbuka dan ada yang terus berpuasa. Namun, mereka yang berbuka tidak berkata apa-apa kepada yang terus berpuasa, dan begitulah sebaliknya.

Anas bin Malik (semoga Allah meredhainya) menjelaskan: Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah (SAW), dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka, tetapi yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang berpuasa. (Rujuk kitab al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan – hadis no: 0682)

Berdasarkan budaya para sahabat Nabi ini, saya katakan (dah lama saya pendam dalam hati hal ini, mohon maaf andai apa yang saya katakan ini tidak berhikmah dan tidak lembut), khususnya kepada orang Malayu, tidak patut bagi kita untuk berkata 'itu ini itu ini begitu begini' kepada orang yang tidak berpuasa sewaktu dalam musafir. Tidak patut bagi kita untuk memandang rendah kepada mereka yang mahu berbuka dalam musafir, atau mereka yang tidak berpuasa sewaktu musafir itu dituduh tidak menghormati orang yang sedang berpuasa dan bulan Ramadhan (kerana memilih untuk berbuka).

Daripada A’isyah (semoga Allah meredhainya), bahawa seorang sahabat bernama Hamzah bin 'Amr al-Aslami bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Patutkah aku berpuasa ketika bermusafir?”

Rasulullah menjawab: "Jika engkau mahu, silakanlah berpuasa dan jika engkau mahu, silakanlah berbuka (terpulanglah)." (Hadith Sahih, direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, rujuk kitab al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan – hadis no: 0684)

Saya katakan, Rasulullah-insan yang paling bertaqwa dalam kalangan kita-kekasih Allah-pun tidak berkata (dalam kes di atas): "terpulanglah, tapi lebih baik jangan berbuka". Namun, dalam hadith di atas, baginda hanya memberi pilihan, tanpa menyatakan pilihan mana yang lebih 'mulia'.

‘Abd Allah ibn Abbas (semoga Allah meredhainya) berkata: Rasulullah (SAW) adakalanya berpuasa dan adakalanya tidak berpuasa dalam perjalanan. Oleh itu sesiapa yang suka, bolehlah berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa bolehlah berbuka. (Rujuk Sahih al-Bukhari – hadis no: 1948, Bahagian (chapter) Puasa, Bab "berbuka puasa di hadapan orang ramai ketika musafir supaya mereka dapat melihatnya")

Perhatikan, imam Bukhari sendiri, seorang imam besar dalam bidang hadith sendiri pun melabelkan hadith di atas dalam bab "berbuka puasa di hadapan orang ramai ketika musafir supaya mereka dapat melihatnya". Adakah imam Bukhari mengajar orang ramai agar tidak menghormati orang yang berpuasa? Sekian. Rasa lega dah sebab saya dah luah. Alhamdulillah. Selamat datang wahai Ramadhan, bulan mulia, bulan rahmat dan keampunan, bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan. "Rabbana taqabbal minna"

*Perhatian: Kepada sesiapa yang memilih berbuka sewaktu bermusafir, wajib menggantikan ketinggalan puasanya itu pada hari yang lain. Perbahasan pendek ini hanya berkisar dalam daerah 'berbuka @ tidak dalam musafir' dan tidak menyangkut daerah-daerah lain.

10 comments:

Bani Saad said...

kalau muhammad sang nabi masih bernyawa ketika ini, adakah dia akan merestui operasi tangkap org tak posa?

muhammad said...

brdasarkan sikapnya, kata2nya, sabda2nya, taqrirnya, n pengkelasannya -antara dosa2 trsembunyi dg dosa2 yg menyangkut kpentingan awam- nampak gayanya baginda takkan restui hal itu.

Aku Azman said...

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan...

Nur..qasihh....

okla kaputt....

muhammad said...

kata org perak yg xfahm pape: "ape yg kome merepek ni, azman? dh buang tebiat ke?"

kata org kedah yg faham: "oo..aku fahm2. aku doakn yg trbaik buat hg no. sabaq yoep. sabaq na."

Aku Azman said...

Suhaib & Fahmi,

Dalam facebook, aku ada mengikuti satu perbincangan. Nanti aku emel kt hang.

Mereka berkata Islam itu baik tp kenapa perlu ada hukuman sedangkan kenapa tak bagi sahaja peluang utk mereka bertaubat....kan lebih tindakan kemanusian.

Apa yang aku faham, mereka pertikaikan kenapa ada hukuman sedangkan ada perlu utk bertaubat. Bila ada hukuman semacam islam ini kejam...tak bagi peluang org yg bersalah bertaubat. (Mereka merujuk kepada Kes kartika-model yang minum arak di Pahang tu).

mohon jawapan dari kalian. Aku dah tak tahan dengan jwpn dari non-muslim yg sifatkan seolah2 islam tu kejam.

muhammad said...

insyaAllah, sy akn komen dlm sdikit waktu lg. lgpun, sy mmg dr awal mrancang nk mnulis posting ttg kartika yg unik ni. insyaAllah, nntikn posting sy dlm waktu trdekat.

Aku Azman said...

huhu...bikin saspen lg la tuuu....tunggu...hahaha

selamat balik Kg :)

Bani Saad said...

Persoalan ini harus dihuraikan oleh alim ulama' namun demikian ulama tidak harus pandang enteng pandangan2 org awam. org awam dulu dah x macm org awam skrg. skrg dah ramai educated. bkn sj org awam tapi org2 yg berpendidikan barat, timur,utara,selatan jg. kalau ulama ambil sikap peduli, fuhh...islam akan jadi agama yg ampuh,ulung, moden,zeitgest,hebat...

hakimi mahmud said...

mengenai buku ibn rush tersebut ; http://www.kas.de/proj/home/pub/66/2/year-2006/dokument_id-9147/index.html

muhammad said...

suhaib: wlaupn ada pmbahagian org awam n org khowas, sy tetap mengidam melahirkn masyarakat yg menuju khowas, menuju pintar, tajam. bila smua org pintar tajam, tiada siapa berani berbohong lg, tiada siapa mampu menabur fitnah, tiada lg pmerintah yg zalim dll. smpaikn nk wat iklan n propaganda guna media pn dorg akn takut dg masyarakat yg pintar tajam ni.

nakula: trimakasih daun keladi, panjang umur kita jumpa lg.