31 March, 2009

Wendy yang aneh

Wendy dan Saiful berkawan baik. Saya memang tak kenal langsung siapa Wendy. Kata Saiful, mereka sekelas semasa kursus Bahasa Inggeris dulu. Tambah Saiful lagi, Wendy ni bagus bangat dalam bab ukhuwwah sesama rakan tanpa mengira bangsa. Wendy jenis perempuan berkaca mata, berbangsa Cina yang lebih suka-selesa-enak-senang berada dalam kalangan rakan-rakan Melayu. Yang anehnya, Wendy jarang bersama rakan-rakan sebangsanya. Baru-baru ini, dia lah yang sibuk menghantar SMS kepada rakan-rakan Melayu agar diadakan reunion bekas pelajar kursus Bahasa Inggeris yang dahulu itu. Di KL cadangnya.

Pernah sekali, Wendy bertanya selamba kepada Saiful: "i tengok, pukul 2.30 tadi, you sudah pegi semayang (zohor). Kenape skang you mau semayang lagi sekali (asar)?". Selamba juga Saiful menjawab: "Owh, tadi i semayang zohor. Skang i kena semayang asar plak. Kami orang-orang Islam semayang 5 kali sehari -awal pagi sekali, slepas tengahari sekali, petang, senja dan malam". "Waah, banyaknya kene semayang. Yang tadi you semayang memang ditetapkan ke kena pukul 2.30?", Wendy mencelah. "Tak, bukan macam tu. Setiap waktu semayang ada tempohnya. You kena semayang dalam tempoh tu. Dah kebetulan tadi i smayang jam 2.30. Macam tadi tu, waktu smayang zohor, waktu smayang yang slepas tengahari, tempohnya lebih kurang dari pukul 1.30 hingga 4.30 petang", jelas Saiful.

Kan bagus andai ramai orang yang suka dan mahu memberi penjelasan dengan tenang, sabar dan tanpa prejudis seperti Saiful. Keberagaman dan kepelbagaian bangsa, kaum dan agama di bumi ini bukanlah suatu penghalang keharmonian dan keamanan dunia. Warna-warni ini adalah pemangkin kepada proses mahu memahami dan mendengar, bukannya pencetus permusuhan dan pertelagahan. Terima kasih Wendy kerna mahu bertanya dan memahami. Terima kasih Saiful kerana mahu menjelaskan.

(*tulisan di atas, saya adaptasi daripada apa yang telah Saiful ceritakan kepada saya)

5 comments:

nuna_sarah said...

KISAH 1
masa zaman study dulu, saya punya clasmate sabahan yang non-muslim..bapanya mula bimbang bila anaknya sudah mula pakai baju kurung dan makan pakai tangan..bimbang anaknya masuk Islam..

bila masuk final year-ade subject 'islamic planning' yang mengajar unsur2 space planning yang diadaptasi di dalam ayat suci al-quran..subjek itu membutuhkan kami membawa tafsir al-quran..setiap kali kelas..dan dia salah seorang darinya..cerita wendy ni memperingatkan sya pada kawan saya tu..bila dia mula bertanya pasal sembahyang, nabi, rasul dan hari kiamat

KISAH 2
masa form 1 dulu saya ade sorang cikgu sains china lelaki yang baik...sangat baik-lembut saya kira..suatu hari soklan yang tak disangka2 keluar dari mulutnya..katanya memandangkan kami kelas arab-paling sesuai utk bertanya soklan tu...

"kemana orang islam pergi selepas mati?"

kami pada ketika itu hanya saling berpandangan..memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberi kepada cikgu yang sudah berusia 40+ dengan akal budak berumur 13 tahun.."ke alam barzah-menunggu sehingga dibangkitkan untuk dikira amalannya" jwpn terbaik dari sorang budak klas sya..dia hanya mengangguk..
"jadi org agama lain macam mna?" sambungnya...memikirkan kemungkinan jwpn hanya satu di otak fikiran kami ketika tu..kami diamkan..tidak menjawab....

berita terakhir saya dengar pasal cikgu-dia da selamat memeluk islam :)

panjang crita sya--sekadar memberi respon pada wendy

muhammad said...

tmaksih sarah ats prkongsian 2 kisah amat bermakna yg wak alami sndiri -mbuat sy rasa amat trharu -tak kisah pn wlau komen pjg, org lain pn bleh tumpang dgr n ikuti cite. :) namun, kita sama2 brsetuju utk tetap meninggalkn ruang n peluang utk ssiapa shj, tmasuk penganut agama lain utk mlakukan penilaian trhadap agama kita sndiri scra bebas, tnpa sekatan mahupn tekanan. biarkn mreka feel sndiri scara terbuka. malah kita sama2 galakkan agar lebih byk lg dilaksanakan dialog terbuka antara agama, agar kita yg hidup atas dunia ni dpt saling faham n hidup harmoni. bila dh saling faham, tiadalah prejudis dll. t.q sarah.

muhammad said...

sidang pembaca budiman sekalian, baca juga tulisan brtajuk: "Islam yang difahami" di sini.

Aku Azman said...

salam

Muhammad,

Bukan kelas Bahasa Inggeris tp Kelas Microsoft Certified System Enginner da..

hehehe

muhammad said...

wslm wbt saiful..

hahaha.. :)
Bukan ke Kelas Microsoft
Certified System Engineer tu
diajar dlm bahasa inggeris?
heheheh... :)