11 March, 2009

Minda, bayi dan denggi

Kes 1: Ada seorang wanita Melayu. Wajahnya seakan tidak Melayu, mirip wanita Jepun. Menurut kenalannya yang juga teman serumah saya, wanita yang dikenalinya itu pernah menceritakan mengapa wajahnya mirip wanita Jepun. Katanya, saat ibunya mengandungkannya dulu, ibunya sering menonton filem Jepun. Amat kerap, malah hampir setiap hari ditontonnya. Apabila wanita itu dilahirkan, ramai orang yang terkejut, kerana dirinya amat putih comel. Dia disayang-sayang, dicium-cium saat dirinya bayi.

Kes 2: Ketika saya terkena demam denggi dulu, saya mengamalkan petua memakan isi ketam. Dan akhirnya, hasilnya menakjubkan dan berjaya menaikkan semula paras platlet darah saya. Setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan yang telah meletakkan penawar denggi di dalam isi ketam. Malah hampir kesemua orang yang pernah terkena denggi melaporkan kepada saya bahawa isi ketam telah menaikkan semula tahap platlet darah mereka kepada paras normal. Platlet darah orang yang terkena denggi selalunya menurun, samaada secara perlahan mahupun mendadak. Penurunan ini amat berbahaya. Cuma yang perlu difikirkan, bagaimana pula dengan sesiapa yang alahan dengan makanan laut. Itu sahaja.

* Saya ternanti-nanti sesiapa yang sanggup melakukan kajian empirikal berkenaan kes 1 dan kes 2. -adakah minda ibu tadi yang kerap menonton filem Jepun, sehingga mempengaruhi wajah bayinya? -untuk kes 2, boleh jadi selepas ini terdapat penghasilan pil ketam untuk penyembuhan denggi. Saya ada bidang tumpuan saya sendiri dan tidak berada dalam bidang bio-medic dan psikologi. Jadi, saya serahkan idea ini kepada sesiapa yang berminat untuk melaksanakan kajian, selari dengan motto UTM (Universiti Teknologi Malaysia) yang mengagumkan saya: "Kerana Tuhan, Untuk Manusia".

7 comments:

nuna_sarah said...

kes 1-pernah dengar sebelum ni pasal ni.. mungkin sebab itu jugak orang2 tua selalu pesan kt ibu2 mengandung jgn tengok cerita kartun..bimbang anak 'terkenang' muka kartun yang bermata besar, berkepala besar n so on..kadang kata diorang bley pakai

Anonymous said...

aah, cuma org2 tua tak buat kajian empirik je. tu je. tp tu bukan tiket penuh utk para saintis menolak andaian org2 tua.

nuna_sarah said...

hmmm..x de ke..rasa mcm pernah dengar pasal kajian ni

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

emmm..ok..kes-1 mmg org tua mcm tu..tp mmg betul jugak..tp semua kehendak Allah s.w.t jugak...tp ada kebaikan n keburukan nye kan...

kes 2 - aku pun penah kena denggi..yang menyebabkan plalet darah aku jatuh ke paras no sa.. iaitu 1-9 ok!..lastly ada sorg attendt yang bagi makna tu yg ckp kt ibu aku suh masuk sup ketam..tp au makan sup ketam..bukan isi dia..but after that plalet aku mmg naik...dah time kena denggi skali dengan peparu berair...

Anonymous said...

to sarah: sy pn tak pasti klu kajian bab kes-1. tp klu kajian utk kes 2 sy blu, pernah dgr. mgkin jgk dh ada kot, cuma sy yg blum dgr.

to hafizanis (a.k.a boy-menurut riwayat sarah): aah, btul tu, ada faktor kehendak Allah. sbb, kita pn takleh jdkan hal ni bukti mutlak. kdg2 kbtulan gak. sbb tu kbykn kajian psikologi, pd hakikatnya tidak bersifat putus n mutlak. -ooo, wak pn pnah kena denggi?senasib la kita ni. masa tu, mcm wak gak, platlet darah sy tinggal 8. mmg di ambang maut lah. pstu rmai sgt org suh mkn ketam, terus naik balik platlet. sy duk tunggu sapa2 yg sanggup wat research dlm hal ni, demi kepentingan manusia sejagat. kesian ye wak, kena denggi time skali dg peparu berair skali.

to sarah n boy: tmaksih sbb sudi ziarah blog sy. apa yg baik, amik lah. apa yg kurang, tergurlah sy. tq, again! :)

nuna_sarah said...

hehe-senasib korang
x pe penghapus dosa2 kecik..x pe muhammad..
kami ni pun penzirah kecik je kt blog awak ni
^_^

Anonymous said...

aah, betul tu, tepat skali. mmg betul2 kaffarah dosa. blum pernah sy alami demam panas yg sepanas demam denggi. seakan sy brbaring atas bara, wlau katil tempat sy baring di hospital tu amat empuk.

'besar' atau 'kecik' tak penting di sini. apa yg penting hnyalah kesudian :)