20 March, 2009

Adat

Saya bukan anti-mat saleh, bukan anti-Inggeris dan bukan anti-barat secara total pukal. Titik. Saya juga pandai mengguna pisau dan garfu (garpu), dan sudu, walau saya orang Melayu. Saya juga pernah pakai tali leher, tetapi saya tidak menolak proses saling memahami, saling bertukar fikiran dan adab-adab yang baik antara bangsa. Maksud tulisan ini, bukan saja hanya menjurus kepada barat, sudu, pisau dan garpu, namun menjangkau hal-hal lain yang lebih dari itu.

Apa yang saya amat kurang senang hati dan sangat tidak enak ialah perlakuan pemaksaan dan pengerasan persepsi adat budaya sesuatu bangsa tertentu di dunia ini terhadap bangsa-bangsa yang lain. Ada dalam kalangan mereka yang mengatakan menggunakan sudu dan garpu itu sopan namanya, sedang orang lain yang hanya menggunakan jari saat makan dikatakan tidak sopan, menjelikkan, menjengkilkan, jijik dan kotor. Malah, apa yang lebih malang dan dahsyat lagi apabila persepsi ini dan perkara-perkara lain yang turut menyangkut hal ini menjadi suatu lambang status darjat dan taraf hidup, hina dan mulianya seseorang itu. Apa kurangnya ular yang menyusur di bawah akar? Apa hinanya orang yang tidak pandai menggunakan sudu dan garpu? Saya tidak nampak apakah kaitannya antara kolot-hina dengan pisau-garpu. Kesemua mereka lupa bahwa apa yang mereka paksakan itu, hanyalah persepsi mereka sahaja. Ya, hanyasanya persepsi mereka sahaja. Lalu mereka merasa diri mereka bagus. Tanpa sedar, rasa bagus itupun juga hanya persepsi mereka.

Kebanyakan adat bangsa di dunia, sangat subjektif. Mungkin bagi wanita dalam puak Pa Dong dari Burma (lihat gambar pertama), mempunyai leher yang 'dipaksa' jinjang melampau itu sesuatu yang cantik. Atau seorang wanita lain yang mempunyai lubang subang telinga yang besar itu dipandang cantik dalam kalangan puaknya (gambar ke-2 dari kiri). Saya lebih suka mengkaji 'maqosid' sesuatu adat, daripada mengikutinya buta tuli. Saya amat tidak faham dengan menusia yang mengenakan 'coat' tebal bersama 'mufflar' cantik di tengah hari buta Malaysia, bergaya a-la winter sonata!
Mungkin dia terlupa bahawa di sini iklim Khatulistiwa.

bersambung...

11 comments:

nuna_sarah said...

yerp..kadang2 susah nk puaskan hati semua orang-adat dan budaya sesuatu yang subjektif..rasanya adat bukanla sesuatu yang boleh diasimilasikan dengan sekali petik shaja

Anonymous said...

aah, iya. btul tu. sy teringat kpd pelakon trkenal hollywood-Sean Connery, yg berani menggayakan Scottish skirt dlm sbuah majlis wlaupn org lain bsluar slack hitam kemas. lihat di sini.

nuna_sarah said...

stigmatism masyarakat sebenarnya..ade yang boleh trima n ada yang x...tp fesyen tu stylo tp...gulp--hahaha

Anonymous said...

tp sy blum lah benar2 berani brtgkolok di kpala time kluar umah :)

nuna_sarah said...

hehe..jgn ckp tengkolok..kt KL ni nk cari org berkain pelikat di pasaraya pun memang tgu kucing bertanduk dulu la

Anonymous said...

:) "ada!" (baca "ada" dg nada mamat yg sbut "ada" kt dlm iklan yg walet dia kosong, n tgh beratur tu bila dtanya: "takde duit ke?") -ada, mgkin mamat bangla @ pekerja mydin kot. hehe. tp klu kt pasaraya area umah sy, selamba je sy brkain pelikat. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam...muhammad, ni hakimi (adik almarhum hazimi)..ntah tiba2 tringat kt muhammad mcm teringat kt suhaib..haha..mgkin kerana kita adalah 'libertarian'? haha..rajin2, singgahla blog sy..

Anonymous said...

wslm wbt.. owh Doktor kimi, pe khabar? apa suhu bumi para nabi hari ni? :) dh lama kita tak jumpa ya..bila kan tamat pengajian? (dlm komen ni, sllunya sy guna bahasa baku, berbaur indon sket. sy jarang guna bahasa ibunda kita. harap bleh terima ya)

Anonymous said...

Dr. Kimi, smntra dh tgh dlm bidang perubatan ni, apa kata kimi hasilkan research psl ketam n hasilkn pil ketam utk penyembuhan denggi. sbb dh byk testimoni kemujaraban ketam dlm menaikkan platlet darah org2 denggi.

hakimi mahmud said...

ni id ym sy : andalusi_rafael@yahoo.com
add la..buleh sembang lama2 skit