11 February, 2010

Firaun, babi dan rasuah

Dulu-dulu Firaun sangat masyhur dengan kezaliman dan penindasannya.

Sehingga Firaun pernah berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi" (lihat surah ke-79: ayat 24). Sudahlah mengaku tuhan, mengaku tuhan yang paling tinggi pulak tu.

Menurut rumusan tafsir ayat ini oleh dua orang imam (kedua-dua imam kebetulan bernama Jalaluddin (lihat Tafsir Al-Jalaalain), "Akulah tuhanmu yang paling tinggi" bererti "Tiada lagi tuhan (lain) di atas (melebihi) aku".

Tentang Firaun lagi, ALlah merakamkan di dalam Al-Quran: "Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu (Musa dan para pengikutnya) dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

Menurut Tafsir Al-Jalaalain lagi, Firaun bukan sahaja membunuh, malah membunuh dengan kaedah menyembelih anak-anak lelaki kerana bimbang kebarangkalian pemerintahannya akan dijatuhkan oleh anak-anak lelaki itu apabila mereka dewasa kelak. Firaun risau jika mereka merampas kuasa pemerintahannya nanti. Firaun risau jika lelaki dewasa itu mengganggu-gugat kerusi tahtanya.

Tujuan menggunakan kaedah menyembelih tadi, bukan sahaja berhasrat membunuh semata-mata, malah Firaun mahu menyemarakkan lagi ketakutan dan menyalakan rasa gerun yang dahsyat di dada rakyat jelatanya.

Jika terdapat Firaun versi klasik, maka sudah tentu terdapat juga Firaun versi moden lagi canggih manggih.

bersambung.. (seperti drama swasta)

2 comments:

Bani Saad said...

ini firaun-firaun kecil yg zulkifli nordin sebut tu ek?

muhammad said...

bukn kot. yg ni firaun2 besar versi moden. dorg minta komisyen lebih. dorg lenyapkan musuh2nya. dorg kawal tentera. dorg kawal polis. dorg kawal peguam, hakim, mahkamah. dorg upah org tu, dia upah org ni. dia intip org tu, dia intip org ni. firaun2 ni xmgaku mjd tuhan, tp tindakn seolah2 bagai tuhan, malah brani brsumpah ats nama tuhan.