27 January, 2010

Legion

Legion, cerita dua malaikat kritikal. Michael (Mikail). Gabriel (Jibril). Muka pelakon watak Michael, ada iras macam muka penyanyi kumpulan Michael Learns To Rock. Cumanya, malaikat ni tak pandai nyanyi.

Michael turun ke bumi berseorangan. Sampai di bumi, dia potong kedua-dua sayapnya. Dia tak setuju dengan Tuhan. Tuhan nak hapuskan sekelian manusia sebab Tuhan dah hilang sabar, dah kecewa dengan sikap manusia yang melampaui batas dan selalu melanggar perintahNya selama ini. Michael tak setuju penghapusan manusia dan enggan terlibat dalam ketenteraan Tuhan (para malaikat) untuk menghapuskan manusia.

Bagi Micheal, manusia tak bersalah. Mereka langgar arahan sebab telah 'hilang pedoman' (lost faith, tak sengaja). Maka Micheal menjadi 'Rambo' manusia, mengetuai manusia, menggunakan senjata manusia, berperang menentang tentera Tuhan (para malaikat) yang diketuai Gabriel.

Gabriel taat buta kepada Tuhan. Sikap Gabriel ada iras sikap Hang Tuah, dan, sikap Michael ada secebis sikap Hang Jebat.

Kenapa filem sebegini pula boleh terlepas tayang di Malaysia? Bukankah sesiapa yang menontonnya nanti akan 'terkeliru', 'tergelincir', 'terseleweng', 'terkeluar', dan 'ter-ter' yang lain? Mengapa senyap sunyi, dan tidak sebising isu penggunaan kalimah Allah?

Nanti sambung lagi..

4 comments:

Aku Azman said...

sambung lagi...ingat drama swasta je yang dok bersambung perghh....

muhammad said...

ala, swasta je? drama krajaan pn apa kurngnya. hehe :) byk keja la, xsmpat. lgpn klu tulis pnjg2, org lain plk malas n xsmpat nk bca. jd, biar pendek2 cukup. :)

awa said...

takpe,saya sanggup membacanya.. tulis lagi.. takde dengar pun pasal cite ni.. atau saya terlalu jauh berada di hutan belantara ini..

Bani Saad said...

saya katakan ini filem satira. simbolik 'penduduk langit' yang masih sayangkan manusia, masih percaya pada manusia. ada juga yang hilang percaya pada manusia (tuhan) dan ada yang berkecuali, ikut saja arahan tuhan yang mahu hapuskan manusia. tapi tuhan maha hidup. dia tukar pendirian Nya setelah lihat Michael pertahankan 'harapan tuhan' yang pada mula2 ciptaan manusia, tuhan cipta kerana cintaNya dan penuh mengharap manusia memakmurkan bumiNya,tak berlaku pertumpahan darah. jadi, manusia seharusnya diampuni, diberi harapan,diberi kehidupan. selagi manusia hidup selagi itulah cinta tuhan terus ada. inilah yang difikir oleh michael.