19 February, 2010

Hakim nak bersalin

Tersebutlah kisah, di sebuah negeri Indera Pura, di sebuah kampung Wayang Kulit. Dalam kalangan penduduk kampung itu, ada dua orang pemuda yang tinggal di hujung kampung, seorang si miskin bernama Arjuna, seorang lagi si kaya bernama Taruna. Mereka hidup berjiran, namun Taruna suka menindas Arjuna, menjadikan hidup Arjuna selalu tidak tenteram. Mereka berdua mempunyai kandang lembu dan kuda masing-masing yang saling bersebelahan.

Ditakdirkan, suatu hari, lembu-lembu Taruna telah melahirkan anak, begitu jua kuda-kuda Arjuna telah melahirkan anak. Melihatkan kuda-kuda Arjuna melahirkan anak, timbullah rasa dengki di dada Taruna. Lalu Taruna membuat helah dan mencipta tuduhan palsu dengan mengatakan bahawa pada asalnya, lembu-lembu miliknya lah yang telah melahirkan anak-anak kuda Arjuna itu. Dakwa Taruna lagi, lembu-lembu dalam kandangnya telah melahirkan kuda, dan anak-anak kuda itu telah melompat masuk ke kandang kuda Arjuna menyebabkan Arjuna menyangka anak-anak kuda itu miliknya. Taruna terus mendakwa lagi, bahawa anak-anak lembu yang baru dilahirkan yang terdapat dalam kandangnya itu adalah asalnya anak-anak kelahiran kuda-kuda dalam kandang Arjuna dan telah melompat masuk ke kandang Taruna. Taruna mendakwa lembunya melahirkan kuda, dan kuda Arjuna melahirkan lembu.

Pertikaian ini, telah dibawa ke mahkamah kampung, diputuskan oleh penduduk kampung untuk dibicarakan, dengan seorang tua menjadi hakim yang digelar dengan panggilan manjanya: Pakngah Din. Ketika mahkamah akan bersidang, Pakngah Din selaku hakim pada hari itu, memulakanlah ucapan awalnya. "Pada hari ini, saya tidak boleh menjadi hakim kepada kes ini, kerana saya akan dihantar ke hospital sekejap saja lagi, hari ini saya akan melahirkan anak. Sekejap lagi air ketuban saya akan pecah! Ah! tolong-tolong! Panggilkan ambulan, saya dah mula sakit nak bersalin nih!", jerit Pakngah Din.

3 comments:

Bani Saad said...

hidup mitos!

Aku Azman said...

sesiapa yang sudi menyewa bilik master bed room dengan bilik air sendiri ,ada kemudahan internet wimax terpantas, di Taman berlian,Batu caves berdekatan stsyen bas greenwood,tempat strategik ( dengan tempat makan, 7 evelen, sila call 012 5893334 hanya RM 200 sebulan

muhammad said...

suhaib: "ni mitos hiburan
satira rakyat, bro"

saiful: "bilik available lg? hehe"