Gambar: Al-Ustaaz Professor Dr. Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (Prof HAMKA, 1908-1981), adalah seorang ulama Nusantara yang mengarang novel cinta memorabilia melankolik romantis bertajuk: "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", juga pengarang kepada tafsir Al-Quran monumental sentimental berjudul: "Tafsir Al-Azhar". Sumber gambar: di sini. Ulasan gambar: Saya sendiri.
Tamat selingan manja tentang Ayahanda Hamka. Biar saya perkenalkan nama-nama mazhab baru (sebenarnya dah lama) yang telah saya kesan, kepada teman-teman pembaca, seperti berikut: Mazhab Al-Geografi; Mazhab Al-Tradisi dan Mazhab Al-Nenek Moyangi. (Biarkan dulu ketunggang-langgangan tatabahasa Arab saya itu bercampur dengan Bahasa Melayu)
Mazhab Al-Geografi :
Mazhab ini berasal dari tanah semenanjung (semenanjung mana?) dan fahamannya berdasarkan batas-batas sempadan negeri dan negara; para penganutnya sangat pentingkan sempadan, kerana batas-batas sempadan itu jualah menjadi batas amalan mazhab mereka. Orang-orang yang ingin menyampaikan ceramah, termasuk para mufti (bekas, sedang dan akan jadi mufti), para pensyarah pengajian Islam universiti berstatus PhD, Professor, sehinggalah kepada Ustaz Akob Ulu Yam dan Lebai Ayob Kampung Pisang Setandan, mahupun Ustazah Jamaliah yang solehah, mestilah memohon tauliah daripada penganut mazhab ini, sebelum menyampaikan kuliah atau ceramah, kerana dibimbangi kesemua penceramah tadi masuk mengajar mazhab yang berbeza daripada mazhab Al-Geografi itu. Mazhab ini menjadikan mazhab majoriti penduduknya sebagai mazhab rasmi negeri atau negara mereka. Penganut mazhab lain yang minoriti yang memasuki negeri ini, tidak digalakkan berbincang dan mengamalkan mazhab asal, kerana dibimbangi masyarakat tempatan akan terpengaruh, kacau bilau, kecoh mecoh, dan bising-bising dengan mazhab baru yang berlainan daripada mazhab Al-Geografi. Bagi penganut mazhab ini, mazhab Al-Geografi lah mazhab paling benar, paling tepat dan paling bagus.
Mazhab Al-Tradisi (Ultra-tradisi?) :
Mazhab ini mengikut tradisi penduduk setempat. Kalau orang tempatan secara tradisinya bermazhab yang itu, orang lain juga, para pelawat, pelancong asing, mestilah mengikut mazhab yang itu jua. Tidak boleh bermazhab lain. Mazhab ini tidak suka kepelbagaian mazhab. Mereka tidak suka warna warni kepelbagaian mazhab; mereka hanya tahu warna hitam dan putih, dan tidak warna selainnya. Malah TV di rumah-rumah mereka juga masih TV hitam putih. Bagi mereka, mazhab di dunia ini hanya satu sahaja, bukan 4 dan bukan juga 8.
Mazhab Al-Nenek Moyangi :
Sebenarnya, mazhab nenek moyangi ini sama sahaja; (dah letih tambah Al-Al-Al) - adalah sub-mazhab Al-Tradisi, kerana para penganutnya suka mengikut mazhab yang menjadi tradisi turun temurun. Cumanya secara lebih tepat, mereka sekadar mengikut sahaja apa-apa sahaja mazhab yang dianuti nenek moyang mereka sejak dahulu kala - tanpa lebih-lebih soal, tanpa lebih-lebih tanya dan tanpa lebih-lebih fikir. Kalau tanya lebih, nanti dimarahi nenek. Kalau soal lebih, akan dituduh lemah imannya.
Panjang lagi tulisan ni, tapi nanti-nantilah saya sambung tulis. Maaf, ini pun dah panjang.
03 November, 2009
Mazhab Al-Geografi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
abg fahmi..kebetulan..sy baru sahaja hendak habis bc tenggelamnya kapal van der wijk..kebetulan yg kedua adalah, roman itu milik abg fahmi!..di dlmnya tertulis :
wan muhammad fahmi bin wan nik kamal
9.44pm Anjung Rahmat (5/9/2003 Jumaat)
Muktamar Sanawai ABIM ke-32&Seminar Gerakan Islam dan politik akomodasi
igt lagi?
astaghfirullah..
sy sudah hampir lupa,
tp masih ada dlm kpala,
yg air tgn buya hamka itu milik sy.
kbtulan, sminggu dua ni
sy mghantar isyarat telepati,
sy ayik mrindui,
trtnya2 kemana menghilangnya
tggelamnya kapal van der wijck sy.
sy mhon Dr.Nakula tlg jaga baik2
kenangan sy tu. :)
hAHAHA jejak kasih buku lak..hmmm...
Aku rasa senang hang ketegorikan 2 group sahaja; geng baru dan geng tua...byk sgt Al....
kata arwah Pramoedya, Hamka ulama' gatal. mungkin dia berseloroh atau sinis pada buya hamka.
apa pun,hamka telah menjadi ikon ulama nusantara. muhammad, kita dilahirkan pada saat buya hamka dijemput ilahi...tahun 1981.
sikit sebanyak mungkin terbias pada kita
sbelum terlupa, ada pertimbangan yg kita kena lihat:
1- tradisi@budaya-samaada mazhab agama atau budaya hidup- yg harus bertepatan dgn feqah dan feqah yg bertepatan dgn tradisi tempat
2- demokratisasi dalam kehidupan beragama
yang no. 2 belum ada sebab takda org yang berani ikut disiplin ilmu maksudnya, takda lagi eksperimen demokrasi dlm kehidupan beragama (baca: Islam). tak kira samada org2 shepi'i, wahabi, salafi,dsb kesemua tak berani atau tak mahu bereksperimen.
Post a Comment