17 November, 2009

Mazhab Al-Geografi 2

Gambar: Dr. Yusuf al-Qaradhawi, graduan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis. 1973, memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai "Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyyah" (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial). Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di Al-Awqaf dan Al-Azhar. Telah menerbitkan berjumlah 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antara kitabnya yang terkenal: "Halal dan Haram dalam Islam" dan "Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang".

Beliau menyatakan dalam salah satu kitabnya:

"Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui bahawa taklid seorang awam kepada salah seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah dan darjatnya dan (saya kata: namun) ia bukanlah merupakan satu kewajipan (bertaklid) sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama’ kebelakangan. Ini kerana tidak ada sesuatupun yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah (saya kata: tiada suatu pun menjadi wajib, melainkan ada sandaran atau bukti -dari al-Qur’an dan al-Sunnah- yang menyatakan sesuatu itu wajib). Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya (nya: bertaklid). Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama’ yang mudah dihubunginya berkenaan sesuatu masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada imam yang lain.

Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka pada abad-abad terbaik umat ini. Allah telah menghindari mereka daripada praktik taklid yang tercela ini (iaitu hanya terbatas kepada satu imam atau mazhab sahaja, atau, saya kata: 'taklid buta').

Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh Allah Ta‘ala, iaitu bertanya (saya kata: dengan bebas) kepada mana-mana ulama’ yang mereka kehendaki (saya kata: tanpa dihalang, dipandang serong, dituduh bukan-bukan dsb). Juga sebaiknya untuk mereka, dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu."

*Sumber: Yusuf al-Qaradhawi, "Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama’ Salaf" (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Mun’im, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), mukasurat 118 .

*Untuk membaca posting sebelumnya bertajuk: Mazhab Al-Geografi 1, klik di sini.

*(saya kata = Tuan blog)

bersambung..

1 comment:

suhaib said...

pergh. bagus posting ni. satu picuan yg baik.

pasal taqlid, saya mesti lihat dr sudut zaman dan sosial. zaman sebelum kita, ilmu terhad. tak semua org pi sekolah. tapi zaman lani,hampir semua pi sekolah. belajar agama. sepatutnya taqlid semakin berkurang.

ulama pula kena timbang perkara ni. jgn lihat masyarakat macam msyrkt dulu yg tak semua dpt pendidikan agama secara formal.

-Tuhan saja lebih mengetahui-