05 July, 2009

Perkembangan kefahaman Islam: konteks peribadi (catatan remeh temeh 1)

(23 jun 09)
Sewaktu saya masih budak-budak dan remaja, saya diajar bahwa saya perlu berwuduk sebelum memegang Al-Quran. Saya juga memahami bahwa wanita perlu bertelekung putih penuh sewaktu mendirikan solat; wanita yang sedang haid tidak boleh membaca ayat suci Al-Quran; wanita haid tidak boleh memasuki masjid; apabila kulit lelaki ajnabi menyentuh kulit wanita -atau- kulit suami menyentuh kulit isteri, maka wudhuk mereka berdua terbatal. Dan banyak lagi. Kandungan tulisan ini berkisar dan menjurus kepada pengamalan dalam agama Islam secara khusus.

(5 Julai 09) Sambungan:
Sebenarnya, secara peribadi saya tidak suka untuk menulis posting yang panjang-panjang, kerna prinsip saya, kalau boleh, biarlah tulisan saya pendek dan ringkas, asalkan padat dan sarat maklumat; asalkan saya berpeluang berkongsi dan menghebah maklumat bermanfaat dengan para pembaca, manakala para pembaca pula memperoleh manfaat; terasa ringan; mudah dan tidak mengambil waktu yang panjang untuk membacanya lantaran kesibukan masing-masing. Saya tidak mahu para pembaca terasa berat dan payah. Namun, kadangkala saya dengan berat hati terpaksa panjangkan tulisan saya lantaran banyaknya maklumat untuk dikongsi bersama pembaca. Sebagai contoh, mungkin seperti sambungan tulisan terbaru ini. InsyaAllah, saya akan tuliskan satu persatu.

Pada detik tertentu dalam hidup, kita menerima sesuatu maklumat baru, kita menganalisisnya lalu kita membuat rumusan, akhirnya membuat keputusan mengamalkannya, khususnya dalam hal-hal pengamalan agama, dan perkara-perkara lain dalam hidup kita amnya. Kesemua proses tadi -insyaAllah- pasti dikurniakan ganjaran oleh Allah kerana kita telah berusaha dengan -jujur-berfikir-memerah minda-(berijtihad?) untuk mengamalkan sesuatu amal itu, dan dengan syarat bukanlah dilakukan dengan rasa 'nakal' atau dengan niat 'melepaskan diri' atau niat buruk lain.

Kesemua proses penemuan dan penerimaan maklumat ini (maklumat: Nas dan dalil daripada hadith atau Al-quran) terus berlaku sepanjang kita hidup, mengalami perkembangan, perubahan demi perubahan secara pesat jika terdapat maklumat baru lain yang diterima atau dipelajari, lalu maklumat baru itu memperbetulkan maklumat yang lama. Proses ini takkan pernah habis selama-lamanya sehinggalah kita menemui ajal nanti.

Saya melihat perkembangan diri saya secara peribadi. Dahulu, seperti dalam perenggan pertama, sewaktu saya remaja, dengan maklumat yang ada di tangan saya pada waktu itu, sebagai contoh, saya merumuskan dan berfahaman bahawa wanita Islam yang ingin menunaikan solat, mestilah mengenakan pakaian 'rasmi' (telekong) untuk bersolat yang dibawa bersama ke mana-mana; mestilah berwarna putih kesemuanya; mestilah itu; mestilah ini. Demikian pemahaman saya pada waktu itu.

Namun, waktu terus berlalu, maklumat pula makin bertambah; kefahaman saya pula berkembang pesat. Dan kini, saya mengubah kefahaman saya berkenaan pakaian rasmi tadi. Maka rumusan terkini saya berkenaan hal ini ialah; adat kebiasaan Nusantaralah, khususnya Malaysia, yang telah memperlihatkan kaum wanita selalu dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung itu setiap kali mereka bersolat sehingga pernah timbul anggapan bahawa telekung itu adalah sejenis pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat.

Sedangkan Islam tidak pernah mengkhususkan suatu pakaian 'rasmi' dengan warna yang rasmi (putih) sebagai warna pakaian wanita untuk bersolat. Hal ini tetap saya sentuh walaupun sesetengah orang memandangnya sebagai hal sensitif yang remeh, kecil, tidak penting dan tidak perlu di-persoal-bincang-panjang-kan. Saya tidak mahu para wanita Islam merasa susah dengan tabiat ini (pergi ke mana-mana membawa beg telekong) kerana Allah juga tidak mahu para hambaNya susah:

"Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.." (Surah 2: 185)

Malah, kerapkali juga bibir kita mengatakan "Islam itu mudah", seperti hadith di bawah, namun hati kecil dan tindakan kita seperti 'tidak mahu' akur dengan kemudahan Islam sehingga kita sendiri mempersulitkannya. Sesungguhnya Allah menyukai kemudahan terhadap hambaNya sepertimana Dia membenci maksiat kepadaNya.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberatkan agamanya melainkan akan 'dikalahkan', dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (yaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kalian, serta mohonlah pertolongan (didalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kalian pada waktu kalian bersemangat dan giat"

Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan maksud ungkapan "Sesungguhnya agama itu mudah" dalam kitab besarnya, "Fathul Baariyy"; Kitab penjelasan kepada kitab Sahih imam Al-Bukhari 1/116, beliau berkata: "Islam itu adalah agama yang mudah, atau dinamakan agama itu mudah sebagai ungkapan lebih (mudah) berbanding agama-agama sebelumnya kerana Allah Jalla Jalaluhu telah mengangkat dari umat ini beban (syariat) yang dipikulkan kepada umat-umat terdahulu. Contoh yang paling jelas tentang hal ini adalah; (dalam masalah taubat), taubatnya umat terdahulu adalah dengan membunuh diri mereka sendiri. Sedangkan taubatnya umat ini adalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa) dan berazam (berkemauan kuat) untuk tidak mengulangi.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai kemudahan-kemudahan yang diberikanNya (kepada hambaNya), sebagaimana Dia membenci orang yang melakukan maksiat (kepadaNya)" (Hadits Riwayat Ahmad 2/108, Ibnu Hibban 2742 dari Ibnu Umar dengan sanadnya yang Sahih)

Berikut adalah beberapa maklumat yang telah mengubah pendirian dan kefahaman saya dalam hal ini berkenaan pakaian wanita untuk bersolat;

1. Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: "Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung (Khimar)". (Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi, Sunan Tirmizi - no: 0374)

2. Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: "Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai (penulis: dengan hanya) pakaian panjang -labuh- (Dar'u) beserta tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar)?" Beliau bersabda: "Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) (saya: labuh sehingga) dapat menutupi kedua telapak kakinya." (Maksud hadith riwayat Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud - no: 0611.)

Dari dua maklumat di atas ini, saya gariskan beberapa rumusan di peringkat diri saya:

1. Berdasarkan hadith pertama, antara pakaian asas wanita untuk solat ialah memakai tudung kepala, atau dalam bahasa Arabnya 'khimar'. Tudung kepala ini labuh sehingga menutupi dada. Hal ini selari dengan ayat: "dan hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka" (surah an-Nur: 24-31). Jika tudung biasa yang selalu dipakai ketika keluar berjalan-jalan oleh para wanita Islam di luar sana kebetulan memenuhi ciri-ciri ini, maka bolehlah terus saja menggunakan tudung itu, untuk bersolat, asalkan tudung itu bersih, dan tanpa mengira warnanya; seperti mana kaum lelaki yang bersolat dengan memakai pakaian biasa ketika keluar rumah, asalkan bersih.

2. Selain tudung, berdasarkan hadith ke dua, apa yang saya faham dan rumuskan, wanita Islam yang ingin menunaikan solat perlulah memakai pakaian yang menutup tubuh mereka bersama-sama tudung (yang memenuhi ciri-ciri menutup aurat). Pakaian itu mestilah longgar, tidak ketat mengikut bentuk tubuh. Kaki mereka pula hendaklah terlindung ketika solat. Pakaian "Dar'u" (seperti jubah) yang disebut dalam hadith tadi adalah antara pakaian orang Arab, namun, ini tidak bermakna wanita lain juga wajib meniru atau memakai jubah untuk bersolat. Maka mana-mana pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di luar sana yang kebetulan memenuhi ciri-ciri yang saya sebutkan ini dan boleh menutup kaki, maka bolehlah terus digunakan untuk bersolat, asalkan bersih. Tidak semestinya dengan hanya mengenakan telekong untuk bersolat.

Demikian kefahaman terkini saya dalam bab pakaian wanita Islam untuk solat. Namun saya bukan seorang anti-telekong. Wallahua'lam.

** p/s: Saya tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menurut kefahaman saya. Saya hanya mendedahkan, menjelaskan dan ingin berkongsi. Saya sentiasa terbuka untuk perbincangan, teguran mahupun kritikan membina, terutama dalam hal ini. InsyaAllah, saya berlapang dada dan menghormati sesiapa juga yang berbeza pendapat dengan saya. Sesungguhnya Rahmat Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bijak berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat dan sentiasa mahu merebut kemudahan yang Allah sendiri telah anugerahkan kepada para hambaNya dalam agama yang diturunkanNya.

11 comments:

Paan Lee said...

salam,

terjumpe blog ini waktu cari gambar queens of langkasuka. :0 n i think this blog rocks.. :)

Aku Azman said...

Apa kehal yob...bersambung?udah macam drama swasta dah kui...kui

awatif said...

comel budak ni.. mcm org tu. hehe

muhammad said...

Paan Lee: wslm wbt, salam prkenalan. :) tmaksih sbb tjumpa blog ni n tmaksih sbb ulang ziarah. Sy baru ziarah blog anda, -Copy or coffee?-. mmg mnarik, rasa makin minat nk blajar english. best aa lagu "kantoi" oleh zee avi. kwn sy sllu pasang lagu2 dia di rumah, tp tak prasan plk lagu kantoi tu.

Saiful: haa? drama swasta? haha...pelik aku dgr frasa 'drama swasta' tu..ada drama swasta n drama krajaan ke? :) kamu ni, sy kena bahagi2 masa la, sy tulis je dulu apa yg sempat, asalkn pengunjung dpt baca, x byk pn, skit pn jd lah, dr xleh bca lgsung.:)

awatif: aah, budak ni mmg comel. mcm org tu tu, org mana? hehe..

awatif said...

mcm muhammad la.. hehe

muhammad said...

awatif: ni bukn gambar sy la. sy 'pinjam' dr laman org kt dlm google tu haa.. :)

NaO_91 said...

saya pernah hanya memakai baju sekolah untuk solat kerana terlupa membawa kain sembahyang. selalu jugak melihat di masjid2,perempuan bersolat hanya mengenakan jubah@baju kurung dan tudung(stokin mestilah wajib,nk tutup keseluruhannya kan).tapi kebanyakannya perempuan yg bertudung labuh. tu menunjukkan islam itu mudah.tidak menyusahkan penganutnya utk mendirikan solat.

NaO_91 said...

sebuah penulisan yg bagus..
mudah di fahami. menggunakan bahasa yg ringkas dan mudah. semoga berjaya. =)

nuna_sarah said...

assalamualaikum..

lama x menjenguk blog muhammad..pelawat kecil ini kembali

asimilasi budaya muhammad..n kadang2 nmpak canggung pula kt mata klu nmpak org bertelekung sembahyang hitam..canggung ngan salah dua berpara berbeza kan

trima kasih memperjelaskan apa yang sepatutnya..bertambah ilmu saya hari ni

neway..AUM part 5.. sudah diupload..setiap hari terasa berhutang dengan org
hahahah

muhammad said...

to NaO_91:
tmaksih Nao_91 sb tinggalkn komen n ziarah. :) Stakat yg sy fahm, klu anda tak terlupa skalipn, anda boleh saja solat dg baju kurung mahupn baju sekolah tu. asalkn bersih n memenuhi ciri2 yg sy dh jelaskn. pndangan sy ja. wallahua'lam. :) bila kita suka, cinta n berasa senang utk mengecap sgl kemudahan amalan dlm Islam, tu bmakna kita suka dgn pmberian Allah yg tlah jadikn agamaNya mudah.

to Nuna Sarah:
wslm wbt, pe kabar plawat kecil yg bjiwa besar? :) sy mmg slu jengah n baca blog wak sbnarnya, tp xsmpat tinggalkn komen.

aah, ia dh mmg jd budaya. dh asimilasi. btul tu, canggung n salah, dua pkara yg brbeza. cuma, pesanan sy bg sesapa yg nk amalkn cara yg canggung ni, hati kena kuat, jiwa kena tabah sket, wajah kena tenang selamba, mklumlah, byk mata yg memandang kecanggungan ni. :)

mmg sy trnanti2 penerbitan siri romantis AUM karya kreatif awak tu. :) oo..dh update ya?thx ats mklumat, nnt lapang2 sy cuba baca. xsabar. sbnarnya, kami smua yg trhutang dg wak, sarah. hehe. baca free je :)

nuna_sarah said...

haha
betul2
kena tabah untuk jd cangggung..