08 September, 2009

Catatan remeh temeh 2 (kemaskini)

Catatan remeh temeh 2 adalah sambungan bersiri kepada tulisan saya yang lalu: "Perkembangan kefahaman Islam: konteks peribadi (Catatan remeh temeh 1)".

Sebagai intro kepada catatan remeh temeh 2, saya utarakan hadith ini:

Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku (A'isyah): "Ambilkan timba untukku dari masjid." Jawabku: "Aku sedang haid.." Maka ujarnya: "Haidmu itu bukanlah terletak dalam tanganmu" [Hadis Riwayat Jama’ah kecuali imam al-Bukhari]

Sambungan:

Merujuk hadith pertama di atas, bagi saya, maksud kata-kata: "Haidmu itu bukanlah terletak dalam tanganmu.." mengandung beberapa makna: (1) secara lumrahnya, tiada seorang pun wanita di muka bumi ini yang boleh mengelak daripada keluar haidnya (walaupun menggunakan pil pencegah haid, namun hal itu untuk tempoh tertentu sahaja. Hakikatnya, mereka masih takkan mampu menghalangnya sampai bila-bila). Apa yang mereka hanya mampu lakukan ialah 'menahannya' sahaja. Haid itu di bawah kekuasaan, kehendak dan taqdir Allah atas diri wanita. (2) jika ditafsir secara harfiah pula, haid itu bukanlah teletak pada tangan. Maka mengikut kedua-dua makna ini, tidak menjadi masalah untuk A'isyah masuk ke dalam masjid, asalkan tidak mencemarkan ruang solat dalam masjid.

Rasulullah bersabda: “Lakukan apa-apa yang telah dilakukan oleh orang haji, kecuali jangan bertawaf di Ka’abah sehingga kamu (A'isyah) bersuci.”
(Direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari: 1650 dan Imam Muslim dalam Shahih Muslim: 1211)

Daripada hadith di atas, dapat saya faham, A'syah hanya dilarang melakukan tawaf sahaja dan tidak pula dilarang memasuki masjid. Ini bermakna, jika beliau ingin sekadar memasuki kawasan masjid (masjid al-Haram) yang memang berada di sekeliling Ka'bah, memang dibenarkan.

*baca juga: Catatan remeh temeh 4, Catatan remeh temeh 3.

5 comments:

Bani Saad said...

aku suka melihat sesuatu itu dari sudut falsafahnya. dari hadith yang diungkap ini, ternyata Muhammad (s.a.w) adalah manusia yang membawa rasionalisme. hadith ini adalah satu rasionalisasi terhadap budaya masyarakat arab ketika itu dan cara berfikir mereka. ia juga petanda bahawa wahyu itu diturunkan untuk menyeru manusia kembali kepada rasional. mukjizat nabi tidak lagi hanya berbentuk extraordinary bahkan al-quran yang disebut mukjizat utama muhammad itu adalah manifesto kepada rasionalisasi manusia. beriman harus dengan rasional bukan dengan keajaiban.

muhammad said...

kata org arab (responsif): "aiwaaah..aiwaaah..aiwaah.." :)

dtulis balas dg gaya indon: sahabt, pantas skali kamu ya suhaib, udah smpeinya ke kemuncak gunung ya..aku masih berenang, kamu udah smpei ke pantainya :) blum smpat aku tulis smbungannya, kamu udah bisa tahu sbhgian -mksud-tujuan- pnulisan aku; siri catatan remeh temeh aku ini :)

dtulis sperti biasa: tmasih suhaib ats princian tu. mmg kritikal n analitikal. aku yakin, agama ini pasti selari dg akal yg sihat. smpai bila pn bgitu, insyaAllah, mlainkn bila mlibatkn perkara2 "sam'iyyaat". tp aku msih ingat buah kata2 kamu dulu (diolah sdkit oleh aku) swaktu kita lepak dulu2: "bila akal sndiri mahu mengaku, menerima n mengiktiraf "limitation"nya, maka itu jgk sbhgian drp rasionalisasi.."

Bani Saad said...

ya betul mas muhammad.rasional itu sebetulnya menerima keterhadan akal manusia terutama terhadap perkara yang metafizikal. bagimana seandainya ijtihad diletakkan pada perkara metafizikal seperti soal-soal ketuhanan, kejadian alam, alam malakut? saya pasti boleh asalkan kita mengetahui dan menyadari bahawa kita ada limitasi dan tuhan tidak memarahi usaha hambanya yang berijtihad hatta ijtihad pada dirinya!

Aku Azman said...

Cis bersambung..pula entry (mohon izin untuk dilafazkan) tuan hamba kali ini...apakah maksud tuan hamba...katakan sahaja usah berhelah...waduh2:P

muhammad said...

azman: sabau..sabau..(kata org melaka). sabor..sabor yop..(kata org perak). sabaq..sabaq..sabaq na.. (kata org kedah). saba..saba..saba.. (kata ahli fiqr). nntilah sy post slebihnya. hehe :) sy rasa, hadith tu pn dh cukup dh klu sy tak hurai panjang lebar pn.