02 April, 2009

Ayat-ayat Cinta disulami seni kenegaraan?

Pada pertengahan tahun 2007, hati saya berasa begitu sangat kagum dan terhibur seusai membaca, menekuni dan menikmati keenakan hidangan bait-bait indah dalam novel Ayat-Ayat Cinta, hasil karya monumental Habiburrahman El-Shirazy itu. Buat pertama kalinya -mungkin jika tidak keterlaluan- saya katakan, belum pernah saya ketemu suatu novel seindah dan sesarat dengan manfaat seperti Ayat-ayat Cinta. (Antara novel berbanding filemnya yang baru sahaja diterbitkan kemudiannya, saya lebih sukakan novelnya-lebih asli dan menyentuh jiwa)

Saat menikmati novel itu, saya terkesan dengan suatu babak (yang semua pembaca sudah sedia maklum) di dalam metro (komuter Mesir) antara Fahri, pelancong Amerika, beberapa penumpang Arab dan Aisha. Babak itu, menyokong dan selari dengan seni (fiqh) kenegaraan yang saya fahami setakat ini. Aisha, seorang gadis berpurdah telah memberikan tempat duduknya kepada wanita tua dari Amerika (ibu kepada Alicia) sementara para penumpang lain hanya membiarkan sahaja wanita tua itu berdiri. Sikap Aisha ini, menimbulkan kemarahan dan cacian daripada beberapa penumpang Arab yang meluap-luap dengan emosi pukal terhadap Amerika dan rakyatnya.

Fahri pula, sempat mempertahankan tindakan Aisha, dengan hujah hadith Nabi SAW bagai peluru: "Barang siapa yang menyakiti orang 'dzimmi' (foreigners @ orang asing yang masuk ke negara ini dengan peraturan sah @ orang yang tidak mahu berperang), dia telah menyakiti diriku (diri Nabi SAW) dan barang siapa menyakiti diriku bererti dia telah menyakiti Allah". (Diriwayatkan Imam Thabrani)

Saya serahkan pada anda untuk menilai hadith dan sikap Fahri-Aisha tadi. Di sini, saya turut sediakan dua link laman lain yang mengandung kritikan terhadap hujah di atas tadi. Sila baca Antara Turis dan Ahlu Dzimmah dan Misi Pluralisme di Balik Novel Ayat-ayat Cinta. Namun, di sebalik dua kritikan ini, saya masih lagi terkesan dan terpengaruh dengan -klik: hadith Usamah ini.

3 comments:

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

salam..tula bestkan..
tp aku tgk cite filem je..sbb ramai yang ckp baca buku ini lagi best..sbb dlm filem byk yang dia potong jalan cerita dr buku..so mcm menjadi tanya..so sapa baca buku lebih paham cerita dalam ayat-ayat cinta ni

muhammad said...

wslm wbt boy.. :)
aah, mmg best pn. cuba la bca novelnya plk, boy. sbb, novel mmg 100pratus dr pengarangnya. klu filem, dh brlaku olahan n tambahan n ada yg kurang jelas. sy faham filem pn sbb sy dh pernah baca novel asalnya dh..

NaO_91 said...

sape yg rekomenkan novel tu? hehehehe