25 July, 2012

Salam Ramadhan


- gambar hiasan -

N bertanya kepadaku, "Long, alangkah seronoknya andai hidup ini kita tak perlu pergi bekerja". Aku tersenyum, kerna soalan itu menyingkap apa yang tersirat di sebalik hati kecil N. Aku juga, ada sekelumit rasa yang sebegitu. Lalu aku menjawab, "N, kau dah lupa ke asal usul kau, N? Bukankah kau, aku, kita semua berkongsi nenek moyang yg serupa dan sepasang? Bukankah kita semua asalnya 'sedarah' daging?". N terdiam, belum sempat memahami maksud yang ingin aku sampaikan. "N, maksud aku, bukankah nenek moyang kita dulu tinggal di kayangan (yakni syurga)? Lantaran bisikan iblis, maka nenek moyang kita telah memakan buah larangan lalu dihukum Tuhan untuk tinggal di dunia. Asal usul kita ialah di kayangan, bukan di dunia ini yang memerlukan kita bersusah payah bekerja untuk mendapatkan gaji meneruskan hidup di dunia ini".

Maka, kemungkinan rasa tidak mahu bekerja itu adalah sebahagian fitrah asal kita, ianya normal, memandangkan nenek moyang kita memang berasal tinggal di syurga, suatu tempat yang sarat ni'mat, tiada lagi susah payah, kesedihan dan dukacita. Kaya dengan kemewahan dan kebahagiaan.

Namun kita sekarang berada di dunia, suatu tempat yang banyak perkara di sini yang berpasangan (gembira-sedih, senang-susah, mudah-payah, derita-bahagia, dan lain-lain). Kalau sudah begini cerita syurga di bawah ini, masakan kita masih mahu bekerja?



"Mereka (ahli-ahli syurga) dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab meni'matinya. Dan (juga dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini, dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, serta mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang telah mereka kerjakan." (Al-Waaqiah: 17-24)


"Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu berada di dalam keadaan sibuk leka meni'mati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berteleku di atas pelamin." (Yaasin: 55-56)


"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)


"Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!)." (Muhammad: 15)


"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana." (Al-Furqan: 10)


"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).


"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Ar-Rahman: 48).


"Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima." (Ar-Rahman: 68)


"Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." (Al-Insan: 14).


"Dan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu. (Mereka hormat dengan berkata ) : Selamat sejahteralah kamu berpanjangan disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu". (Ar-Ra'd : 23-24)




4 comments:

Bani Saad said...

bukankah ada hadith cerita sorg pemuda yg nak bercucuk tanam di syurga walaupun dalam syurga tak perlu kerja?

Rektor Blog, said...

betul. ada hadith tu. sidang pembaca bleh rujuk hadith pemuda yg ingin bekerja dlm syurga tu, dlm buku "kisah-kisah ghaib dalam hadith sahih" yg disusun oleh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar.

cuma, dlm hadith tu menyatakan pemuda itu sndiri yg minta izin kpd Tuhan agar dibolehkn dia brcucuk tanam kerna minat dia trhadap cucuk tanam dtambah lg sewaktu hidup di dunia dulu dia seorg petani. Dia nk kerja sbb dia dh minat. adapn di dunia ni kita mmg perlu bekerja sbg asbab utk memperoleh rezki, menyara keluarga n meneruskn kehidupn. adapn pmuda td sekiranya dia tak mahu bekerja skalipn, dia tetap akn brsenang lenang di surga. dia kerja kerna dia minat, dh mendarah daging sebati. bukn suatu tanggungjwb mahupn bebanan. :)

Hidayah said...

Di syura kelak, boleh tak kalau kita minta di nikahkan dengan orang yang di takdirkan bukan jodoh kita semasa di dunia dulu?

muhammad said...

to hidayah: bleh,insyaAllah. malah mgkin sewaktu di syurga nnti, kita tlah pn trlupa kpd org yg ditakdirkn bukn jodoh kita di dunia dulu, dek tenggelam dgn nikmat2 lain dlm syurga yg lebih besar lg. atau kita brtemu jodoh baru di syurga nnti.