11 November, 2012

Batok, bukan batuk. Pegar, bukan pagar

Gambar: Batok
Seperti mana tulisan saya sebelum ini di sini,
dalam kes kesilapan memahami frasa batuk dan batok bunyinya hampir sama
dalam perumpamaan "bagai melepaskan batok di tepi tangga",
sebenarnya bukanlah batuk, tetapi batok (sejenis gayung yg diperbuat daripada tempurung
untuk mengambil air di dalam tempayan). Maka sesuailah jika dikatakan perbuatan
melepaskan BATOK itu di tepi tangga sebagai suatu perbuatan tidak bertanggungjawab,
tidak kemas, cuai dan malas, kerana tempat batok ialah di dalam tempayan, bukannya di tepi tangga.
Maka, ia bukanlah perbuatan BATUK-BATUK di tepi tangga yang kita fahami selama ini.

Begitu juga dalam pembacaan saya yang terbaru berkenaan "harapkan pagar, pagar makan padi".
Sejak bila padi mempunyai pagar? Sejauh pengetahuan saya, padi hanya mempunyai batas-batas
(timbunan tanah lumpur yang memanjang) untuk memisahkan antara suatu kawasan sawah dengan
kawasan sawah yang lain. Jadi, ada yang berpandangan, sebenarnya bukan PAGAR, tapi PEGAR
(sejenis burung yang memakan tikus dan serangga daripada menyerang dan memakan padi).
Gambar: Burung Pegar

Maka sesuailah jika kita katakan begini, kita mengharapkan burung Pegar menjaga tanaman
padi kita daripada ancaman tikus, tiba-tiba burung Pegar yang diharapkan itu pula yang memakan
padi. Suatu tindakan pecah amanah. Jadi, sepatutnya ialah: "harapkan Pegar, Pegar makan padi".

Mohon pandangan, perbincangan dan kritikan, komen, terutamanya
daripada para cikgu dan pakar bahasa Melayu,  terima kasih.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kredit:
Satu
Dua
Encik Google: BURUNG PEGAR MAKAN TIKUS

3 comments:

Cik Awatif said...

assalamualaikum..
hmmm baru saya tau..penah jgk terfikir, melepaskan batuk di tangga?? apa kaitan dgn buat kerja dengan tak bersungguh2?? rupanya batok...
harapkan pagar, pagar makan padi.. pagar makan padi?? boleh ke pagar makan padi? boleh ke pagar makan buah? rupanya pegar, seekor burung rupanya.. betul la, logically burung boleh makan padi, tapi pagar bukanlah sejenis makhluk yang hidup yang boleh makan dan bergerak.. :)

merrud said...

salam, ternampak blog tuan semasa cari gambar burung pegar...
saya pernah mendengar cerita tentang orang kampung zaman dahulu menambat burung pegar jantan dekat dengan padi yang dijemur. ini kerana ayam-ayam peliharaan akan takut menghampiri untuk makan padi yang dijemur kerana burung pegar adalah specis ayam yang garang...ia akan menghambat ayam yang mendekati padi...tapi memandangkan dia juga spesis burung/ayam

Anonymous said...

Boleh sy tahu nma sebenar kamu si penulis?