08 February, 2009

Perak dan Portsmouth

Sumber logo Portsmouth F.C: di sini
Sumber logo Perak: di sini

Saya baru sahaja balik ke rumah selepas keluar minum supper. Saat di kedai makan, ramai orang sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Perlawanan antara pasukan Portsmouth F.C. dan pasukan Liverpool F.C. sedang berlangsung. Hampir kesemua kornea bebola mata para peminat setia pasukan Liverpool terpaku pada layar besar perlawanan.

Perlawanan bola sepak bukanlah keghairahan saya walaupun saya juga biasa bermain bolasepak bersama rakan-rakan kampus. Malah hampir kebanyakan nama pemain pun saya tidak tahu. Namun, saat saya menggelecek membawa bola di padang, ramai rakan-rakan sepermainan yang tercengang memerhatikan gelagat saya. Saya tidak tahu apa isi hati mereka saat itu.

Tetapi malam itu, apa yang menarik minat saya untuk terus memerhatikan layar ialah logo pasukan Portsmouth. Logonya seakan-akan logo lama PROTON (lihat logo lama dan baru PROTON di sini dan di sini). Malah logo ini seakan-akan menggambarkan Malaysia dan umat Islam. Saya tersenyum (baca: tersengih kambing) sendirian, teringat saya akan kes panas dan kontroversi baru-baru ini - Mahkamah Tinggi telah membenarkan penyemakan semula nama Allah yang sering digunakan oleh akhbar Herald The Catholic Weekly. Persoalan yang timbul di benak hati saya: "Bilakah lagi PROTON dan pihak agamawan (JAKIM, etc) di Malaysia mahu menyaman @ memdakwa @ membantah penggunaan logo itu oleh pihak pasukan Portsmouth sebagai logo rasmi mereka?"

*bacaan tambahan: di sini

Bila pulang ke rumah, teringat pula saya akan isu Perak. Memadailah di sini saya gariskan beberapa kerangka kalimat pokok untuk difikirkan:

1. Rakyat dan pemerintah mestilah tunduk kepada perlembagaan negara. Tidak ada
pengecualian atau kekebalan.

2. "Raja adil, raja disembah. Raja zalim, raja disanggah". (kata Nordin Ahmad dalam filem Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang)

3. Seseorang manusia tidak boleh dikatakan bersalah selagi belum terbukti bahawa dirinya
bersalah.

*bacaan tambahan: Surat terbuka kepada Istana Kinta

7 comments:

Anonymous said...

apa yg ko nk cakap sbnarnya nih?
melalut tah ape2. Ko ni nk cabar sultan ke?

Unknown said...

Saya ada bacaan menarik untuk kalian semua.

Dipetik dari BERNAMA

SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA KEPADA RAJA RAJA MELAYU ? "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Titah Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Peristiwa 1. Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika terus melantik Menteri Besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh dalam laporan berita Bernama. Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar. Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Peristiwa 2. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Peristiwa 3. Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.

Peristiwa 4. Beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Peristiwa 5. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Peristiwa 6. Apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Peristiwa 7. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta. Buatlah penilaian secara rasional siapa penderhaka kepada Kesultanan Melayu dan orang yang terlibat dalam peristiwa di atas mendokong parti politik mana. Harus diingat janganlah Kesultanan Melayu diheret dalam kancah politik yang berat sebelah. Kesultanan Melayu harus diletakkan di tengah tengah sebagai pendamai bukan pemuas nafsu sebelah pihak. Kembalikan Kedaulatan Kesultanan Melayu.

MisterZyl said...

salam semua. maka cara terbaik ialah kita tunggu sahaja keputusan mahkamah nanti.

owh ya. siapa sebenarnya yang mula mempromosikan budaya lompat parti ni ya? kalau tidak salah, budaya lompat parti ini dipromosikan bila ada sorang pemimpin yang gila benar mahu jadi PM bercakap tentang 30 ahli Parlimen yang akan lompat parti demi buat kerajaan baru.

Anonymous said...

faizal,
aku ada soalan. aku sebenarnya tak pandai politik. tapi aku tengok dari dulu, sejak akil baligh (mahupun sebelum tu) yang dok lompat parti dah belambak-lambak. paling banyak org lompat masuk BN termasuk (faizal said:)"ada sorang pemimpin yang gila benar mahu jadi PM". Dia pun masuk umno dulu tp bkn dari parti politik la. Mungkin apa yg dia buat tu berkat ilmu yg ada dalam umno/bn kot?

cuma apa yg herankan saya,kenapa skrg jarang dgr org lompat masuk BN ar?klu ada nk lompat masuk pun, kaki tak sampai kot. jadi parti BEBAS. cuba urai.

Bani Saad said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

betol gak anonymous atas ni cakap.

kenape ek zaman ni org politik jarang lompat masuk bn?

Anonymous said...

Sbnarnya budaya lompat parti ni bukan baru. Dh lama dh. Gila kuasa plk ada dua jenis. 1. Gila kuasa, agar perubahan yg baik bleh dilakukan. 2. Gila kuasa kerna pangkat n wang. Bukan semua gila kuasa membawa konotasi negatif, melainkn pd perkataan 'gila'. itu shj.

*sbb taknak lompat masuk BN? mgkin sbb ramai org dh terkilan kecewa agaknya.