10 February, 2009

Antara jala dan ikan

Antara jala dan ikan, saya memilih untuk menghadiahkan jala kepada anda. Walaupun saya juga menghargai ikan, tetapi secara peribadi saya lebih sukakan jala atau peralatan memancing yang lain sebagai hadiah atau pemberian.

Jika hanya tiga ekor ikan dihadiahkan kepada saya, lambat laun, dalam sedikit waktu sahaja lagi ikan-ikan tadi habis dimakan. Sesudah itu saya tidak ada ikan lagi di tangan saya.

Jika saya diberi jala, atau kail, atau peralatan memancing yang lain, boleh jadi saya tiada ikan hari ini, tetapi saya boleh berusaha sebaik mungkin untuk menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang sedia ada. Maka dengan itu, dapatlah saya teruskan hidup saya dengan terus menangkap ikan. Dan insyaAllah saya takkan kehabisan ikan lagi.

No comments: