02 December, 2013

Sultan yang bersolat Asar di masjid


(Gambar kiri sekadar hiasan)
Petang itu, aku sedikit terlewat datang bersolat Asar di masjid negeri. Aku sempat masbuq bersama imam. Beberapa minit kemudian, datang seorang yang berseluar khakis turut solat dan masbuq betul-betul di sebelahku. Selesai imam memberi salam, kami sama-sama bangun menyelesaikan rakaat kami yang masih berbaki. Sewaktu aku memberi salam selesai solat, aku amat terkejut. Lelaki yang berpakaian sederhana dan berseluar khakis tadi adalah Sultan negeriku. Aku kagum dan bangga dalam hati. Masih ada Sultan yang begini. Masih wujud Sultan negeri yang mahu datang solat berjamaah di masjid bersama orang kebanyakan seperti kami, malah walaupun terlewat sedikit, Baginda tetap datang solat berjamaah Asar dan sempat masbuq. Bilakah lagi akan kutemui para Sultan negeri lain pula yang akan selamba sederhana berjamaah di masjid atau surau ketika waktu solat-solat fardhu??

**Atas alasan tertentu, aku memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan nama Sultan, nama masjid, nama negeri dan apa yang berlaku sesudah itu.

4 comments:

Anonymous said...

Assalammu'alaikum akhi. .kerja kat mana laa ni

Rektor Blog, said...

Waalaikumussalam wbt. Saya orang Melayu. Saya kerja di Malaysia.

Anonymous said...

Saya tak pasti samada en fahmi ada di maklumkn tntang pemergian sahbt kita ke rahmatullah..almarhum al izudin abdullah. Dia kmalangan jln raya shari sblum pru 13 yg lalu

Umrah berkualiti bersama Tiram Travel said...

Sultan mana? negeri pasir sebutir ka?:D