25 July, 2012

Salam Ramadhan


- gambar hiasan -

N bertanya kepadaku, "Long, alangkah seronoknya andai hidup ini kita tak perlu pergi bekerja". Aku tersenyum, kerna soalan itu menyingkap apa yang tersirat di sebalik hati kecil N. Aku juga, ada sekelumit rasa yang sebegitu. Lalu aku menjawab, "N, kau dah lupa ke asal usul kau, N? Bukankah kau, aku, kita semua berkongsi nenek moyang yg serupa dan sepasang? Bukankah kita semua asalnya 'sedarah' daging?". N terdiam, belum sempat memahami maksud yang ingin aku sampaikan. "N, maksud aku, bukankah nenek moyang kita dulu tinggal di kayangan (yakni syurga)? Lantaran bisikan iblis, maka nenek moyang kita telah memakan buah larangan lalu dihukum Tuhan untuk tinggal di dunia. Asal usul kita ialah di kayangan, bukan di dunia ini yang memerlukan kita bersusah payah bekerja untuk mendapatkan gaji meneruskan hidup di dunia ini".

Maka, kemungkinan rasa tidak mahu bekerja itu adalah sebahagian fitrah asal kita, ianya normal, memandangkan nenek moyang kita memang berasal tinggal di syurga, suatu tempat yang sarat ni'mat, tiada lagi susah payah, kesedihan dan dukacita. Kaya dengan kemewahan dan kebahagiaan.

Namun kita sekarang berada di dunia, suatu tempat yang banyak perkara di sini yang berpasangan (gembira-sedih, senang-susah, mudah-payah, derita-bahagia, dan lain-lain). Kalau sudah begini cerita syurga di bawah ini, masakan kita masih mahu bekerja?



"Mereka (ahli-ahli syurga) dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) yang sentiasa beredar di sekitar mereka dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab meni'matinya. Dan (juga dibawakan kepada mereka) buah-buahan daripada jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung daripada jenis-jenis yang mereka ingini, dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, serta mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang telah mereka kerjakan." (Al-Waaqiah: 17-24)


"Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu berada di dalam keadaan sibuk leka meni'mati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berteleku di atas pelamin." (Yaasin: 55-56)


"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya." (Al-Insan: 13)


"Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!)." (Muhammad: 15)


"Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana." (Al-Furqan: 10)


"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).


"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Ar-Rahman: 48).


"Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima." (Ar-Rahman: 68)


"Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." (Al-Insan: 14).


"Dan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu. (Mereka hormat dengan berkata ) : Selamat sejahteralah kamu berpanjangan disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu". (Ar-Ra'd : 23-24)




baca tulisan ini sepenuhnya..

19 June, 2012

Takdir manusia

Gambar:credit.

Antara takdir manusia (kita) -pada pandangan saya- ialah kita telah ditakdirkan untuk bebas membuat pilihan (dan keputusan) dalam hidup.
Kebebasan manusia memilih dan membuat keputusan adalah suatu fitrah yang telah pun ditakdirkan. Kebebasan memilih adalah sejenis takdir.

"Serta mengilhamkannya (jiwa manusia, untuk mengenal) jalan kejahatan dan jalan taqwa" 
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang (memilih untuk) menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan)" 
"Dan sesungguhnya rugilah orang yang (memilih untuk) menjadikan dirinya kotor (memilih jalan kejahatan)"
(surah 91 : ayat 8, 9, 10)

baca tulisan ini sepenuhnya..

12 December, 2011

Semarakkan dialog.

wacana sinar harian - karangkraf.



semarakkan dialog.
budayakan wacana.
suburkan forum.
galakkan bincang.

sumber: di sini

baca tulisan ini sepenuhnya..

16 June, 2011

Mengagumkan

Tinggalkan seketika politik kenegaraan.
Tinggalkan seketika kehebohan Vendetta.
Mari mendapatkan kesegaran mengagumkan.
Kamu jauh di Korea, aku di Malaysia selatan.
Sungguh kamu mengharukan..mengagumkan.
Sung Bong Choi..kamu tekad dan nekad menempuh kehidupan.
Kamu satu dalam jutaan.
Kamu tukar kekurangan jadi kehebatan kemajuan.

baca tulisan ini sepenuhnya..

24 January, 2011

Buta di mata, celik di suara.



Alunan suara lunak indah merdu seorang si buta
kelahiran kampung La Sterza, Tuscany, Itali.
Soprano yang gemilang, Andrea Bocelli.
Buta di mata, celik di suara.

baca tulisan ini sepenuhnya..

14 January, 2011

Nasihat buat para pemimpin

Penghargaan adalah suatu yang hadir dari hati, bukan dibuat-buat.
Semudah-mudah penghargaan, adalah ucapan terima kasih.
Atau, tidak hanya dengan ucapan,
rasa berterima kasih juga boleh ditunjukkan dengan tindakan.
Secara sempurnanya, sebagai contoh,
apabila kita melakukan suatu kebaikan (menolong)
orang lain, kita tidak sepatutnya meminta-minta atau
menagih-nagih balasan penghargaan atau ucapan terima kasih
daripada orang yang ditolong itu, sekiranya kita benar-benar
ikhlas menolongnya.
Apatah lagi jika menyebut-nyebut dan
mengungkit-ungkit kebaikan (pertolongan) kita kepadanya.
Dalam konteks seorang pemimpin masyarakat,
jika seseorang pemimpin itu (secara peribadi mahupun mewakili
kerajaan yang dipimpinnya) seringkali
meminta agar rakyat berterima kasih,
mengungkit-ungkit jasa kebaikannya terhadap rakyat selama ini,
ditambah pula gesaan agar rakyat 'bersyukur' kepadanya,
maka tindakan itu akan menyebabkan saya (sebagai rakyat)
berasa geli, mual, muak, kelat, jelek, loya dan mahu termuntah
dengan sikap sebegitu.
Wahai para pemimpin, tolong ingat itu.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan
(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya
dan menyakiti (perasaan si penerima),
seperti orang yang menafkahkan hartanya
karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah
dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti
batu licin yang di atasnya ada tanah,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat,
lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah).
Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan;
dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

(Surah Al-Baqarah, ayat 264)

baca tulisan ini sepenuhnya..

12 January, 2011

Dari rakyat untuk rakyat



















Gambar menarik ini 'dicuri' daripada sebuah
blog ( di sini ) yang kebetulan
saya terserempak semasa meng'google': "Lawyers for liberty".
Kata tuan blog itu, gambar ini adalah
gambar t-shirt hadiah Krismas setiap seorang,
dihadiahkan oleh Mr Rajen dan Ms Stephanie.

baca tulisan ini sepenuhnya..

22 September, 2010

Salam 'Idil Fitri 1431

Aidil Fitri baru berlalu
Hangat temasya masih terasa
Sudah lama tidak ketemu
Ampun maaf dipinta segala

Kerusi rotan menghias taman
Redup duduk pohon rambutan
Wahai Tuhan berilah kekuatan
Ilham petunjuk mohon suburkan

*gambar ketupat dari laman RiceWisdom

baca tulisan ini sepenuhnya..

13 July, 2010

Doa dan keyakinan (updated)

(Sumber gambar di sini)


"Habis tu, apa kaitan (titik temu)
antara:

"(1) kita bersikap 50/50

(boleh jadi doa kita dikabul,
boleh jadi dikabulkan dengan perkara lain)
terhadap keputusan Allah pada doa kita"

dengan


"(2) keyakinan kita yang 100 peratus

bahawa Allah pasti kabulkan apa yang kita doakan?"

Demikian apa yang Nazri timbulkan
lewat minggu lalu.

Aku menyambut persoalan itu, dengan dada lapang.
Aku -seperti biasa- akan meletakkan
minda dalam keadaan bersedia untuk mengaku,
akur, tunduk dan jujur untuk berkata:

"Aku tidak tahu"

seandainya jika sesuatu persoalan itu memang
benar-benar aku tidak tahu. Tidak suka aku memandai.
Namun, itu bukan tiket melepaskan diri.
Ucapan "tidak tahu" itu aku hamburkan jika
akal sudah dikerah perah, namun tiada jawapan.

Pada nombor 1, sikap 50/50 itu
bukanlah bermaksud keyakinan kepada
Allah adalah 50/50. Bukan begitu. Maksud 50/50 itu
ialah "boleh jadi kita mendapat apa yang kita hajati (dalam doa)
atau kita mendapat selain yang kita hajati". Ini bermakna,
setiap doa kita sentiasa dikabulkan,
cuma cara ia dikabulkan itu berbeza-beza -iaitu:
samaada memperoleh 'apa yang kita hajati di hati'
atau dianugerahkan perkara lain
'yang setimpal' di sisi Allah.
Jadi, isunya di sini adalah berkenaan kandungan
pemakbulan doa yang 50/50 sifatnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa
yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim
melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu
dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan,
atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat,
ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”.
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

Persoalan nombor 2 menyangkut hal keyakinan.
Kita diajar agar bersungguh-sungguh, serius, memberi
tumpuan sepenuh hati, tidak lalai saat berdoa
dan yakin sepenuhnya agar dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah SAW:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan
kamu yakin dengan kemustajabannya.
Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima
doa dari jantung hati yang lalai dan alpa”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Firman Allah: "..dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah?
"
(Surah 9: 111)

Titik temu persoalan 1 dan 2 ialah kepasrahan (tawakkal).
Mohonlah doa bersungguh-sungguh, jangan pernah berhenti.
Natijah doa itu pasrahkan saja kepada Allah.

*kesemua hadith di atas, diambil di sini.

baca tulisan ini sepenuhnya..

12 July, 2010

Perlawanan Akhir Piala Dunia: Sepanyol dan Belanda

14 kad kuning.
1 kad merah.
Perlawanan rancak.
Sarat dengan asak.
Saling serang balas.
Bola dirampas keras.
Harapan Belanda, Iniesta musnahkan.
1 gol Espana, jaminan kemenangan.
Sepanyol pulang bawa kejayaan.
Netherlands pulang kaya pengalaman.





** Kalau Encik Paul
Si Sotong Kurita tu
tiba-tiba hilang
daripada akuarium,

kita memang dah tahu
siapa yang curi.

(Sumber gambar: di sini )

baca tulisan ini sepenuhnya..