13 July, 2010

Doa dan keyakinan (updated)

(Sumber gambar di sini)


"Habis tu, apa kaitan (titik temu)
antara:

"(1) kita bersikap 50/50

(boleh jadi doa kita dikabul,
boleh jadi dikabulkan dengan perkara lain)
terhadap keputusan Allah pada doa kita"

dengan


"(2) keyakinan kita yang 100 peratus

bahawa Allah pasti kabulkan apa yang kita doakan?"

Demikian apa yang Nazri timbulkan
lewat minggu lalu.

Aku menyambut persoalan itu, dengan dada lapang.
Aku -seperti biasa- akan meletakkan
minda dalam keadaan bersedia untuk mengaku,
akur, tunduk dan jujur untuk berkata:

"Aku tidak tahu"

seandainya jika sesuatu persoalan itu memang
benar-benar aku tidak tahu. Tidak suka aku memandai.
Namun, itu bukan tiket melepaskan diri.
Ucapan "tidak tahu" itu aku hamburkan jika
akal sudah dikerah perah, namun tiada jawapan.

Pada nombor 1, sikap 50/50 itu
bukanlah bermaksud keyakinan kepada
Allah adalah 50/50. Bukan begitu. Maksud 50/50 itu
ialah "boleh jadi kita mendapat apa yang kita hajati (dalam doa)
atau kita mendapat selain yang kita hajati". Ini bermakna,
setiap doa kita sentiasa dikabulkan,
cuma cara ia dikabulkan itu berbeza-beza -iaitu:
samaada memperoleh 'apa yang kita hajati di hati'
atau dianugerahkan perkara lain
'yang setimpal' di sisi Allah.
Jadi, isunya di sini adalah berkenaan kandungan
pemakbulan doa yang 50/50 sifatnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa
yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim
melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu
dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan,
atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat,
ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”.
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

Persoalan nombor 2 menyangkut hal keyakinan.
Kita diajar agar bersungguh-sungguh, serius, memberi
tumpuan sepenuh hati, tidak lalai saat berdoa
dan yakin sepenuhnya agar dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah SAW:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan
kamu yakin dengan kemustajabannya.
Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima
doa dari jantung hati yang lalai dan alpa”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Firman Allah: "..dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah?
"
(Surah 9: 111)

Titik temu persoalan 1 dan 2 ialah kepasrahan (tawakkal).
Mohonlah doa bersungguh-sungguh, jangan pernah berhenti.
Natijah doa itu pasrahkan saja kepada Allah.

*kesemua hadith di atas, diambil di sini.

6 comments:

Anonymous said...

When God grants us our prayers, He listens to us,
When God delays granting our prayers, He is testing us,
When God doesn't grant us our prayers, He has a better plan for us.

diambil dr
http://onebreastbouncing.blogspot.com/

Aku Azman said...

mohon pinjam semangat mu

Aku Azman said...

Untuk mengetahui samada Allah dengar ke tak doa kita atu Maha Dia perkenankan doa kita bagaimana...mohon teman semua baca artikel ini di

http://drmaza.com/home/?p=409#more-409

aku_azman.blogspot.com

muhammad said...

To: Anony

Sbhgian makna kata2
ni juga terangkum
dlm hadith brknaan doa
'trpecah' tiga pemakbulan td.

To: Azman

Artikel dr link tu,
tlah pn kubaca,
alhmdulillah.

sllunya, aku share smgt
aku dg kwn mlalui kata2
positif, harapan n smgt.
tp aku tetap kelompokkan
elemen smgt ni dlm kategori
ghaib n misteri, sbb smpai
harini kita xleh pegang smgt
kita. Bila mlibatkn elemen
'ghaib', aku trus berurusan
dgn Dia (Allah-Yg Maha Tahu
akan Hal2 Ghaib).
sbb tu, kdg2, aku minta
kkuatan smgt aku sndiri
dpd Allah.

"tiadalah daya,
tiadalah kekuatan,
mlainkan ia,
(datang) dari Tuhan"

suhaib said...

terkabul doa sangat berkait rapat dengan pengalaman mistik dalam diri setiap kita. boleh jadi apa yang dialami oleh si fulan tidak dialami oleh si fulanah atau berbeza pengalaman itu mengikut tahap iman masing-masing.

nah, hadith yang berbeza-beza (yang disebut oleh tuan punya blog ni) itu adalah hujah saya yang mengatakan pengalaman mistik berbeza2. ada orang doanya 50/50. ada yang terkabul 100% dan bermacam lagi.

langit itu luas. jadi, pengalaman kita pasti beragam. yang paling mustahak ialah keyakinan kita pada Tuhan yang mendengar doa kita itu.

wallahu a'lam

Anonymous said...

Apa titik temu antara kata Tuhan bahawa 'Aku pasti perkenankan doa hambaKu' dengan optional yang 3 tadi. Sepatutnya Tuhan perkenankan seperti yang kita minta. Btul x?