20 March, 2009

Adat

Saya bukan anti-mat saleh, bukan anti-Inggeris dan bukan anti-barat secara total pukal. Titik. Saya juga pandai mengguna pisau dan garfu (garpu), dan sudu, walau saya orang Melayu. Saya juga pernah pakai tali leher, tetapi saya tidak menolak proses saling memahami, saling bertukar fikiran dan adab-adab yang baik antara bangsa. Maksud tulisan ini, bukan saja hanya menjurus kepada barat, sudu, pisau dan garpu, namun menjangkau hal-hal lain yang lebih dari itu.

Apa yang saya amat kurang senang hati dan sangat tidak enak ialah perlakuan pemaksaan dan pengerasan persepsi adat budaya sesuatu bangsa tertentu di dunia ini terhadap bangsa-bangsa yang lain. Ada dalam kalangan mereka yang mengatakan menggunakan sudu dan garpu itu sopan namanya, sedang orang lain yang hanya menggunakan jari saat makan dikatakan tidak sopan, menjelikkan, menjengkilkan, jijik dan kotor. Malah, apa yang lebih malang dan dahsyat lagi apabila persepsi ini dan perkara-perkara lain yang turut menyangkut hal ini menjadi suatu lambang status darjat dan taraf hidup, hina dan mulianya seseorang itu. Apa kurangnya ular yang menyusur di bawah akar? Apa hinanya orang yang tidak pandai menggunakan sudu dan garpu? Saya tidak nampak apakah kaitannya antara kolot-hina dengan pisau-garpu. Kesemua mereka lupa bahwa apa yang mereka paksakan itu, hanyalah persepsi mereka sahaja. Ya, hanyasanya persepsi mereka sahaja. Lalu mereka merasa diri mereka bagus. Tanpa sedar, rasa bagus itupun juga hanya persepsi mereka.

Kebanyakan adat bangsa di dunia, sangat subjektif. Mungkin bagi wanita dalam puak Pa Dong dari Burma (lihat gambar pertama), mempunyai leher yang 'dipaksa' jinjang melampau itu sesuatu yang cantik. Atau seorang wanita lain yang mempunyai lubang subang telinga yang besar itu dipandang cantik dalam kalangan puaknya (gambar ke-2 dari kiri). Saya lebih suka mengkaji 'maqosid' sesuatu adat, daripada mengikutinya buta tuli. Saya amat tidak faham dengan menusia yang mengenakan 'coat' tebal bersama 'mufflar' cantik di tengah hari buta Malaysia, bergaya a-la winter sonata!
Mungkin dia terlupa bahawa di sini iklim Khatulistiwa.

bersambung...

baca tulisan ini sepenuhnya..

18 March, 2009

Klip video: Linkin Park - Shadow of the Day



I close both locks below the window.
I close both blinds and turn away.
Sometimes solutions aren’t so simple.
Sometimes goodbye’s the only way.

And the sun will set for you,
The sun will set for you.
And the shadow of the day,
Will embrace the world in grey,
And the sun will set for you.

In cards and flowers on your window,
Your friends all plead for you to stay.
Sometimes beginnings aren’t so simple.
Sometimes goodbye’s the only way.

And the sun will set for you,
The sun will set for you.
And the shadow of the day,
Will embrace the world in gray,
And the sun will set for you.

And the shadow of the day,
Will embrace the world in gray,
And the sun will set for you.

And the shadow of the day,
Will embrace the world in gray,
And the sun will set for you.

* Shadow Of The Day by Linkin Park
from the Album Minutes To Midnight.
Track No: #5

baca tulisan ini sepenuhnya..

11 March, 2009

Minda, bayi dan denggi

Kes 1: Ada seorang wanita Melayu. Wajahnya seakan tidak Melayu, mirip wanita Jepun. Menurut kenalannya yang juga teman serumah saya, wanita yang dikenalinya itu pernah menceritakan mengapa wajahnya mirip wanita Jepun. Katanya, saat ibunya mengandungkannya dulu, ibunya sering menonton filem Jepun. Amat kerap, malah hampir setiap hari ditontonnya. Apabila wanita itu dilahirkan, ramai orang yang terkejut, kerana dirinya amat putih comel. Dia disayang-sayang, dicium-cium saat dirinya bayi.

Kes 2: Ketika saya terkena demam denggi dulu, saya mengamalkan petua memakan isi ketam. Dan akhirnya, hasilnya menakjubkan dan berjaya menaikkan semula paras platlet darah saya. Setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan yang telah meletakkan penawar denggi di dalam isi ketam. Malah hampir kesemua orang yang pernah terkena denggi melaporkan kepada saya bahawa isi ketam telah menaikkan semula tahap platlet darah mereka kepada paras normal. Platlet darah orang yang terkena denggi selalunya menurun, samaada secara perlahan mahupun mendadak. Penurunan ini amat berbahaya. Cuma yang perlu difikirkan, bagaimana pula dengan sesiapa yang alahan dengan makanan laut. Itu sahaja.

* Saya ternanti-nanti sesiapa yang sanggup melakukan kajian empirikal berkenaan kes 1 dan kes 2. -adakah minda ibu tadi yang kerap menonton filem Jepun, sehingga mempengaruhi wajah bayinya? -untuk kes 2, boleh jadi selepas ini terdapat penghasilan pil ketam untuk penyembuhan denggi. Saya ada bidang tumpuan saya sendiri dan tidak berada dalam bidang bio-medic dan psikologi. Jadi, saya serahkan idea ini kepada sesiapa yang berminat untuk melaksanakan kajian, selari dengan motto UTM (Universiti Teknologi Malaysia) yang mengagumkan saya: "Kerana Tuhan, Untuk Manusia".

baca tulisan ini sepenuhnya..

05 March, 2009

Filem: Queen of Langkasuka

Malam tadi saya berbual dengan H.Fansuri
di sebuah restoran rakyat.
Dia perkenalkan filem ni kepada saya.
Bila filem ni nak ditayangkan di Malaysia?
Encik FINAS tak izinkan ke?
Ke ada orang Melayu yang marah dengan filem ni?
Layan pra-tonton di sini.

baca tulisan ini sepenuhnya..

03 March, 2009

Yahudi dan Kafirin secara pukal.

1. Saya amat yakin, bahawa firman Allah dalam surah Al-Baqarah yang berbunyi: "Lan tardha 'anka al-yahudu wa an-nasara hatta..." bukanlah bermakna kesemua Yahudi dan Nasara tidak redha dengan kita. Perkataan Yahudi dan Nasara di dalam ayat itu membawa konotasi juz'iyyah (sebahagian). Ianya bukan kulliyyah (keseluruhan). Konteks ini, boleh dibandingkan dengan lafaz ayat ini sebagai contoh: "Saya makan buah durian" - walaupun lafaznya buah durian, tetapi tidak bermakna keseluruhan buah durian yang dimakan. Maksud sebenarnya: "Saya makan isi buah durian". Maka tidak wajar emosi kemarahan kita disembur secara pukal dalam bab Yahudi.

* jika benar kesemua Yahudi bermusuh dengan kita, maka Muhammad (S.A.W) takkan pernah menikahi wanita Yahudi.

2. Saya juga amat yakin, bahawa doa yang selalu kita baca dalam ayat terakhir surah Al-Baqarah yang berbunyi: ".....anta maulana, fansurna 'ala al-qoumi al-kafirin" bukan bermaksud kita berdoa memohon pertolongan dan perlindungan Allah ke atas kesemua orang kafir. Konteks ayat ini juga sama sahaja dengan konteks ayat Yahudi di atas. Maka tidak wajar juga emosi kemarahan kita dimuntah secara pukal, 'pukul rata' kepada kesemua orang kafir dan yang tidak seagama dengan kita.

* patutkah jika saya berjiran dengan seorang Cina yang beragama Budha, tiba-tiba pada suatu hari jiran saya itu menghadiahkan buah-buahan kepada saya, menyebabkan hati saya timbul buruk sangka dan syak yang bukan-bukan?

---saya yakin bahawa Yahudi dan kafirin dalam ayat-ayat di atas membawa maksud kepada Yahudi dan kafirin yang 'harbiyy' (menindas dan suka berperang), melampaui batas, bersikap zalim sesama manusia lain, mencabuli hak-hak kemanusiaan, ekstrim dan melampau.

baca tulisan ini sepenuhnya..

25 February, 2009

Filem: Valkyrie


Layan pra-tonton
filem Valkyrie di sini.

baca tulisan ini sepenuhnya..

16 February, 2009

Satu Kalimah. Kami, Nah-nu, We, Anakh-nu

"Wahai para Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah (English: a Common Word. Arabic: Kalimatun Sawaa') yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukanNya dengan sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah".
(Al-Quran, Surah 3: 64)

Picture: (from left) A Jewish Rabbi drawing, Pope John Paul II (Former leader of the Roman Catholic Church) and al-Ustaz Ahmad Deedat.

baca tulisan ini sepenuhnya..

10 February, 2009

Antara jala dan ikan

Antara jala dan ikan, saya memilih untuk menghadiahkan jala kepada anda. Walaupun saya juga menghargai ikan, tetapi secara peribadi saya lebih sukakan jala atau peralatan memancing yang lain sebagai hadiah atau pemberian.

Jika hanya tiga ekor ikan dihadiahkan kepada saya, lambat laun, dalam sedikit waktu sahaja lagi ikan-ikan tadi habis dimakan. Sesudah itu saya tidak ada ikan lagi di tangan saya.

Jika saya diberi jala, atau kail, atau peralatan memancing yang lain, boleh jadi saya tiada ikan hari ini, tetapi saya boleh berusaha sebaik mungkin untuk menangkap ikan dengan menggunakan peralatan yang sedia ada. Maka dengan itu, dapatlah saya teruskan hidup saya dengan terus menangkap ikan. Dan insyaAllah saya takkan kehabisan ikan lagi.

baca tulisan ini sepenuhnya..

08 February, 2009

Perak dan Portsmouth

Sumber logo Portsmouth F.C: di sini
Sumber logo Perak: di sini

Saya baru sahaja balik ke rumah selepas keluar minum supper. Saat di kedai makan, ramai orang sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Perlawanan antara pasukan Portsmouth F.C. dan pasukan Liverpool F.C. sedang berlangsung. Hampir kesemua kornea bebola mata para peminat setia pasukan Liverpool terpaku pada layar besar perlawanan.

Perlawanan bola sepak bukanlah keghairahan saya walaupun saya juga biasa bermain bolasepak bersama rakan-rakan kampus. Malah hampir kebanyakan nama pemain pun saya tidak tahu. Namun, saat saya menggelecek membawa bola di padang, ramai rakan-rakan sepermainan yang tercengang memerhatikan gelagat saya. Saya tidak tahu apa isi hati mereka saat itu.

Tetapi malam itu, apa yang menarik minat saya untuk terus memerhatikan layar ialah logo pasukan Portsmouth. Logonya seakan-akan logo lama PROTON (lihat logo lama dan baru PROTON di sini dan di sini). Malah logo ini seakan-akan menggambarkan Malaysia dan umat Islam. Saya tersenyum (baca: tersengih kambing) sendirian, teringat saya akan kes panas dan kontroversi baru-baru ini - Mahkamah Tinggi telah membenarkan penyemakan semula nama Allah yang sering digunakan oleh akhbar Herald The Catholic Weekly. Persoalan yang timbul di benak hati saya: "Bilakah lagi PROTON dan pihak agamawan (JAKIM, etc) di Malaysia mahu menyaman @ memdakwa @ membantah penggunaan logo itu oleh pihak pasukan Portsmouth sebagai logo rasmi mereka?"

*bacaan tambahan: di sini

Bila pulang ke rumah, teringat pula saya akan isu Perak. Memadailah di sini saya gariskan beberapa kerangka kalimat pokok untuk difikirkan:

1. Rakyat dan pemerintah mestilah tunduk kepada perlembagaan negara. Tidak ada
pengecualian atau kekebalan.

2. "Raja adil, raja disembah. Raja zalim, raja disanggah". (kata Nordin Ahmad dalam filem Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang)

3. Seseorang manusia tidak boleh dikatakan bersalah selagi belum terbukti bahawa dirinya
bersalah.

*bacaan tambahan: Surat terbuka kepada Istana Kinta

baca tulisan ini sepenuhnya..

24 January, 2009

Gaza

"Abg long, ape penyelesaian terbaik untuk Israel-Palestine?", demikian terjahan soalan Ahmad kepadaku saat kami berdua makan seusai Zohor tadi. Aku terdiam seketika seperti biasa, sedikit termenung dan berfikir sejenak, sambil bibir bergerak-gerak mengunyah. Ahmad yang selama ini aku kenal memang seorang yang kuat bertanya.

baca tulisan ini sepenuhnya..