Showing posts with label sultan Perak. Show all posts
Showing posts with label sultan Perak. Show all posts

08 February, 2009

Perak dan Portsmouth

Sumber logo Portsmouth F.C: di sini
Sumber logo Perak: di sini

Saya baru sahaja balik ke rumah selepas keluar minum supper. Saat di kedai makan, ramai orang sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Perlawanan antara pasukan Portsmouth F.C. dan pasukan Liverpool F.C. sedang berlangsung. Hampir kesemua kornea bebola mata para peminat setia pasukan Liverpool terpaku pada layar besar perlawanan.

Perlawanan bola sepak bukanlah keghairahan saya walaupun saya juga biasa bermain bolasepak bersama rakan-rakan kampus. Malah hampir kebanyakan nama pemain pun saya tidak tahu. Namun, saat saya menggelecek membawa bola di padang, ramai rakan-rakan sepermainan yang tercengang memerhatikan gelagat saya. Saya tidak tahu apa isi hati mereka saat itu.

Tetapi malam itu, apa yang menarik minat saya untuk terus memerhatikan layar ialah logo pasukan Portsmouth. Logonya seakan-akan logo lama PROTON (lihat logo lama dan baru PROTON di sini dan di sini). Malah logo ini seakan-akan menggambarkan Malaysia dan umat Islam. Saya tersenyum (baca: tersengih kambing) sendirian, teringat saya akan kes panas dan kontroversi baru-baru ini - Mahkamah Tinggi telah membenarkan penyemakan semula nama Allah yang sering digunakan oleh akhbar Herald The Catholic Weekly. Persoalan yang timbul di benak hati saya: "Bilakah lagi PROTON dan pihak agamawan (JAKIM, etc) di Malaysia mahu menyaman @ memdakwa @ membantah penggunaan logo itu oleh pihak pasukan Portsmouth sebagai logo rasmi mereka?"

*bacaan tambahan: di sini

Bila pulang ke rumah, teringat pula saya akan isu Perak. Memadailah di sini saya gariskan beberapa kerangka kalimat pokok untuk difikirkan:

1. Rakyat dan pemerintah mestilah tunduk kepada perlembagaan negara. Tidak ada
pengecualian atau kekebalan.

2. "Raja adil, raja disembah. Raja zalim, raja disanggah". (kata Nordin Ahmad dalam filem Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang)

3. Seseorang manusia tidak boleh dikatakan bersalah selagi belum terbukti bahawa dirinya
bersalah.

*bacaan tambahan: Surat terbuka kepada Istana Kinta

baca tulisan ini sepenuhnya..