"Bagai melepaskan
BATUK di tangga"
Demikian pepatah Melayu, menggambarkan
suatu perilaku atau tindakan yang
acuh tidak acuh sifatnya,
tidak bersungguh-sungguh,
tidak serius mungkin.
Menurut cerita tuan blog ni,
Guru Besar sekolahnya
memperbetulkan salah faham kita,
beliau berpendapat frasa BATUK
dalam pepatah tadi
bukanlah suatu tindakan BATUK.
Tetapi frasa asalnya ialah BATOK.
'Batok' adalah sejenis gayung @ bekas
daripada tempurung yang
digunakan untuk menceduk air
di dalam tempayan bersebelahan
tangga hadapan rumah orang-orang
Melayu tradisional.
Batok selalunya diletakkan di
tempat khas berhampiran tempayan,
melainkan diambil dari tempatnya
saat kita pulang berkaki ayam
pada zaman dahulu, untuk menjirus
air membersihkan kaki.
Namun, tindakan meninggalkan @
melepaskan @ membiarkan batok sekadar
di atas tangga, tanpa meletakkan
kembali ke tempat asalnya, adalah
suatu tindakan malas, acuh tidak acuh,
tidak berdisiplin dan tidak serius
dalam disiplin penggunaan batok.
Sebab itulah,
"bagai melapaskan
BATOK di tangga".
BATOK, bukan BATUK.
Sumber gambar: di sini.
28 June, 2010
Bahasa asli
Label:
bahasa asli,
batok tempurung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
oh yeke??? baru saya faham.. pernah jgk terfikir,bagai melepaskan batuk di tangga?? batuk??apa kaitan batuk dgn membuat pekerjaan dgn x bersungguh2?
rupanya batok,bkn "batuk".. ni first time dgr perkataan dan makna batok.
thanx for sharing.. ^_^
sy pn bru ptama kali jgk dgr bila kwn sy crita ttg batok dlm pepatah ni. sblm nih mmg x trlintas lgsung, campur rasa pelik gak, knape la nk gi batuk kt tangga nun, jd mcm tindakn brsungguh2 plk, dh trbalik dr mksd asal.
bila dh tukar jd batok, baru la logik.
mungkinkah orang BATAK di Sumatera Utara, di Danau Toba itu sebenarnya orang BATOK?
uhuks (terbatuk-batuk, bukan terbatok)
pepatah yang ni abg ali tau dah.
cuma, dok terfikir la ni, adakah org BATAK di Sumatera itu ada kaitannya dengan BATOK (tempurung) kelapa itu?
to mas ali: "jwpnnya: sy xtahu,
wallahualam. kdg2 bahasa pelbagai
ni ada yg dekat2 bunyinya.
bleh ja klu nk kaji antra
kaum batak dg batok tmpurung tu"
bagai jatuh ditimpa tangga. ramai dok faham dah jatuh kena timpa tangga yang org dok panjat.tp yang tu tak teruk sgt.cuba kita terjun tinggi tp pastikan kita terjun tu akan jatuh atas tangga.mana lagi sakit?
to suhaib: jatuh ke ats tangga akn mybbkn bengkak bengkil bengkek, malah mungkin akn trbatuk uhuk..uhuk..uhuks.. :)
Post a Comment