(kiri: Sekadar gambar hiasan. Diambil dari sini)
Kepada sesiapa yang teringin @ teringat @ termimpi sangat nak bernikah dengan perempuan berusia 10 tahun (atas alasan mengikuti 'sunnah'??) silakanlah dulu membaca dengan tekun dan dengan akal yang sihat bahan kajian berkenaan umur A'isyah Radhiallahu 'anha sewaktu bernikah dengan Rasulullah -di sini-. Terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah antara ringkasan hujjah-hujjah penting (sila baca huraian terperinci setiap hujah -di sini-) yang diketengahkan dalam kajian beliau berkenaan umur sebenar Aisyah R.A sewaktu bernikah dengan Rasulullah S.A.W. oleh Allamah Mohammad Habibur Rahman Al-Kandhalwi (Al-marhum dikenali sebagai salah seorang ulama yang unggul di India-Pakistan) :
Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia.
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras.
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas.
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru.
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini.
Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan.
Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah.
Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.
Hujah Ke-11 – Aishah R.A. menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.
Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun.
Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan).
Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam.
Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah.
Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis (dalam bahasa Arab) dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah.
Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda.
Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.
Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah.
Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.
Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.
Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan
Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W
12 March, 2010
Nak bernikah dengan...(updated)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
muhammad, ada hujah tak untuk org yg nak berpoligami?:-)
sblm kita pergi ke hujjah tu, kita n kwn2 kena jwb dulu (@ bincang dulu) syarat yg dipinta oleh Anna Althafunnisa (yg memetik riwayat Umar Al-Khatab, dr Al-imam Ibnu Qudamah)trhadap bakal suaminya Furqan, sblm Furqan stuju dg syarat-syarat bakal istrinya tu (dlm babak filem Ketika Cinta Bertasbih). :)
bagus2.. suka karakter ana althafunnisa..
assalamualaikum..
alop...teringat muhammad bl tgk cte korea yang sedih, melankolik...klu terasa nk tgk leh la-Will it snow for Christmas..saya x sangup nk habeskan--sedih @-@
Amboi pi tgk badminton , tak ajak pun aku noo...kecik hati aku..
Erm deman Ketika Cinta Bertasbih ka ?hehehe
aku-azman.blogspot.com
to saiful: "tiket free.
ada dua tiket, tidak 3.
lgpn kamu kan
out station @ ada kerja, dong?
jgn dongkol ya"
to aku azman: "agak demam,
tp terkedu mdgr hujjah
anna althafunnisa
swaktu furqan dtg meminang"
to nuna: "Will it snow for
Christmas? sy blum prnah dgr
n blum pernah tonton. insha Allah,
sy cuba tgk2 n cari nnti."
to awatif: "suka watak lemah lembut dia ke, ke suka wajah merah
padam dia swaktu 'mengamok' dpan
furqan yg 'trkena AIDS'?"
Suhaib: "sambungn..: ada hujjahnya, cuma, aku blum smpat
tnya para ustaz aku di mana
athar-athar sahabat yg brpoligami?"
-mgkin aku yg xtahu
brknaan athar2 tu.
Post a Comment