12 July, 2009

Wahai Allah.. (updated)

Sudah lama dan puas saya mencari lagu bertajuk 'Araftuka' ini sejak pertama kali telinga saya mendengarnya dari saluran ikim.fm yang berkumandang di corong peti suara kereta Myvi hitam arwah sahabat baik saya pada tahun 2003 dahulu. Waktu itu, sedang senja-senja, kami berdua berkereta. Dia berkopiah putih. Di lehernya tersangkut serban putih yang sengaja dibiarkan terbuka lalu dia jadikannya 'muflar' seperti pelakon cerita Korea; Winter Sonata. Hujan masih renyai-renyai kala itu. Saya palingkan wajah menghadap kaca jendela kereta di sebelah kiri saya. Bebola mata saya mula sebak bergenang mendengarkan lagu, sambil redup memandang menembusi jendela Myvi, tanpa sahabat saya itu sedar. Ada sesuatu yang bergetar di dada.

Sila klik butang 'Play' untuk menikmati suara lunak merdu penyanyi yang sampai hari ini saya belum tahu namanya. Liriknya memang indah puitis sekali. Liriknya saya letakkan di bawah. Selamat menikmati.



عرفتك يا رب قبل المتاب
عرفتك مذ ذاك قلبى الصعاب

Kutahu Engkau Wahai Tuhan..sebelum penyesalan
Kutahu Engkau tika hatiku merasa susah


عرفتك في كل شيء بدا
وفي البحر أو في جمال الهضاب

Kutahu Engkau dalam setiap sesuatu yang bermula
Dan di laut atau pada kecantikan anak bukit


عرفتك في كل شيء بدا
وفي البحر أو في مرور السحاب

Kutahu Engkau dalam setiap yang bermula
Dan di laut atau dalam pergerakan awan


وفي نسمات الهدى زقتها
نسيت بها طيبات العتاب

Dan dalam bayu petang kurasakan hidayah
(namun) Kulupakannya di ambang kebaikan


فيا رب صن قلبي عن نزغة
تريه الضلال نقي الثياب

(x2)
Maka Tuhan lindungilah hatiku daripada tertusuk
Perlihatkanlah kesesatan.. sucikanlah pakaiannya (hati)


وخذ بي بحبك نحو علاك
وهب لي رضاك وحسن المـآب

Lindungilah daku (daripada keburukan)
Dan bawalah daku kepada cinta-Mu..setinggi-Mu
Dan kurniakan daku keredhaan-Mu dan sebaik-baik kepulangan (kepada-Mu)
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan


وخذ بي بحبك نحو هداك
وهب لي رضاك وحسن المـآب

Lindungilah daku (daripada keburukan)
Dan bawalah daku kepada cinta-Mu..hidayah-Mu
Dan kurniakan daku keredhaan-Mu dan sebaik-baik kepulangan (kepada-Mu)
Kutahu Engkau Wahai Tuhan sebelum penyesalan



*credit:

1. Lirik terjemahan diambil dari WEWR Entertainment (dengan sedikit olahan oleh saya).

2. Sumber lirik versi arab di sini.

**terdapat sedikit perbezaan kecil dalam lirik nyanyian 'Araftuka' versi Muhammad Al-Husayan feat Kumpulan Raihan. Mp3 yang saya sediakan ini adalah versi yang lebih awal dan klasik.

6 comments:

amy® said...

assalamualaikum,
sungguh tleka mdengar ARAFTUKA...mendamaikan....diulang bkali2...mcmana saya nak dapatkan lagu ni ya utk koleksi saya...kalau x kena buka blog ni baru dpt dengar :p mau jg dikongsi bsama teman2 n kluarga :)

muhammad said...

waalaikumussalam wbt.. :)

oo..cik amy ke. pe kbr? nape brtopeng tu? mesti nk elak H1. smg Allah lindungi kita smua dpd pnykit tu, amin.

oo..nk wt koleksi. ok2, sy criter cmne. klu wak n kwn2 smua nk lagu versi raihan feat muhammad al-husayan, bleh je amik kt youtube. taip je araftuka raihan.

tp klu nk versi yg sy post ni, amik je kt *(1)sini. bila dh msuk laman tu, 'right click' mouse kt sbelah pkataan download tu n pstu click 'save link as..'. gitu je.

alhmdulillah, puas jgk la sy cri versi klasik ni. asik jumpa yg versi raihan je msa mula2 cari. last2 jumpa jgk. sy suka versi klasik ni.

pstu, klu wak n kwn2 smua nk buat 'player bar' n nk letak dlm posting mcm posting sy ni, buka (2)laman ni. pstu, copy je 'html description' kt dlm kotak kt tgh2 laman ni. then paste kt dlm ruang posting korg. pstu padam prkataan "[MP3 file address]" n gantikan (paste) dgn link yg kita copy (copy link) kt sbelah prkataan download dlm laman awal2 kita buka td kt *(1)sini. siap! :) klu sape2 ada maslah @ blum jelas, boleh tnya lg. insyllah, sy jwb. :)

amy® said...

sgt mbantu. sedang mdengar lg :) tqvm

muhammad said...

u r welcome :)

muhammad said...

kwn2.. ni sy trjumpa lg satu versi 'araftuka' kt dlm laman web ni, tp xtahu cara nk download. ni versi klasik yg sama, tp ada tambahan elemen instrumental (gendang). :) klu sape2 pndai download dr laman tu, bleh kongsi2 dg sy. enjoy!

Unknown said...

Ni lagu Allahu Allah ('araftukaya Rabb)- Usama as Safi penyanyinya. Dan ini lah lagu arab kegemaran selepas lagu Elaika-Muhammad Ubaid..dua lagu ni memang lah...