19 June, 2009

Tiada lagi Madihah ke-2?

Saya belum sempat respon ucapan Obama di Mesir baru-baru ini. Nanti-nanti lah saya tulis tentang dia, walau ramai yang sibuk dengan kerajaan perpaduan. Tulisan kali ini mungkin sedikit provokatif. Semacam tidak bersikap ilmiah. Tak apalah, selamba saja. Saya nak meluah.

Belajar memang susah. Itu dah memang sunnah (lumrah) dalam belajar. Kejayaan suatu entiti, manakala kesusahan pula suatu entiti yang lain yang memang terpisah. Cumanya, jangan ada unsur paksaan dalam belajar. Sama ada daripada mak, ayah atau keluarga.

Biar saya pilih sendiri apa yang saya minat. Biar saya pilih jumlah subjek yang saya ingin ikuti dalam belajar. Itu hak saya. Saya yang pilih, jadi saya tahu di mana tahap diri saya. Saya tahu sejauh mana saya akan pergi. Saya sendiri yang tahu sejauh mana kemampuan saya. Andai saya tak mampu, masakan saya teringin mengambil 20 subjek sekaligus dalam peperiksaan SPM?

Cuma, penghargaan patut diberikan kepada mereka yang memberikan panduan dan bimbingan dalam membuat pilihan. Apa sebenarnya yang ada dalam benak hati kecil kalian jika saya mengambil berpuluh subjek dalam peperiksaan SPM? Kalian takut saya bijak? Kalian bimbang saya genius? Kalian gusar jika saya akhirnya pulang 'menentang' menggugat kalian? Atau kalian berasa kerdil jiwa -malu- dengan saya lantaran jumlah subjek yang saya ambil melebihi jumlah subjek yang kalian ambil sewaktu muda-muda dahulu? Jika malu dengan saya, apa salahnya jika kalian mengambil cuti belajar sebentar daripada kerja menjadi menteri dan duduki semula peperiksaan SPM bersama-sama saya? Pada waktu itu saya takkan cemburu sedikitpun andai kalian mahu mengambil 30 subjek sekalipun. Silakanlah. Saya amat alu-alukan. Seperti mana saya amat tidak faham kenapa ada orang yang sanggup berjeket tebal atau bertali leher sambil berjalan-jalan di tengah-tengah bandaraya-tengahari-Malaysia-Khatulistiwa (Khottu Al-istiwa') kerana semata-mata ingin bergaya, maka seperti itulah juga saya tidak faham dengan orang yang beralasan bahawa dengan mengambil jumlah subjek yang sedikit dalam peperiksaan SPM akan menjimatkan kos menghadiri kelas tambahan berbayar. Saya ingin bertanya, adakah menghadiri kelas tambahan berbayar itu suatu kewajipan atau sebenarnya suatu pilihan sahaja?

Kalian juga beralasan bahawa kalian sukar membuat pilihan sewaktu proses pemilihan penganugerahan biasiswa kepada orang-orang seperti saya. Maaf, hal itu bukan masalah saya, tetapi masalah kalian yang perlu kalian selesaikan sendiri kerana kalianlah yang memegang amanah kepimpinan negara. Kalianlah yang lebih utama untuk memikirkan perjalanan sistem pemilihan biasiswa itu.

Kalian ujar kalian mengagumi para ilmuwan terdahulu. Kalian kata mereka menguasai hampir kebanyakan disiplin ilmu. Nama-nama seperti Newton, Khwarizmi, Da Vinci, al-Farabi, Einstein dan nama mereka yang lain seringkali meniti di bibir kalian. Namun, pabila saya berkeinginan mencontohi mereka dan menelusuri jejak mereka, tiba-tiba saja kalian mahu mengkaji. Halangan pertama kalian ialah jika kalian memutuskan untuk menghadkan jumlah subjek yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM. 

5 comments:

Aku Azman said...

Pronya :

1. pelajar ada lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti luar ( pengalaman tidak dapat dipelajari di dalam kelas)

2. Pelajar lemah tidak rasa terbeban

3. Ibubapa tidak terbeban dengan kos pembelajaran (yuisyen dll)

4. Guru-guru juga tidak terbeban dengan lebih mata pelajaran yang perlu diajar.

Kontranya :

1. Ia mungkin mebunuh sedikit minat pelajar untuk belajar bidang lain yang diminati.

2. menghadkan peluang bagi pelajar untuk melanjutkan pelajarn tingginya

3. tiada kesimbangan anatara pelajaran dunia dan akhirat. (Paling penting sbb perlu menepati falsafah pendidikan.

Kalau nak madihah kedua, esok anak hang bagi nama madihah...jd adalah madihah ke 2 hahahha wan madihah...ok tak? wakakka

Anonymous said...

ehem2.. wan madihah.. cantik jgk kan? =)

Bani Saad said...

Pendidikan kita dah nak jadi macam pelacur. ia dilacur oleh Pak Menteri. naik orang nu, ubah lain. naik orang ni, ubah lain. tu yang budak2 jadi tak ketahuan hala. depa dok bisin runtuh akhlak bdk sekolah... depa tak perasan puncanya dari depa seniri...

apa kata wujudkan badan bebas macam suruhanjaya yang berpegang dengan falsafah pendidikan negara.

muhammad said...

saiful: (Pro)

point 2, pelajar sndiri yg memilih nk amik bape subjek. bukan dipaksa. so, tak rasa terbeban la. :)

point 3, tuisyn hanyalah pilihan, bukn kewajipan.

point 4, tambah lah guru. :)

(Kontra)

point 1, ya, betul. org tgh minat nk blajar, jgn disekat plk.

point 2, setuju.

point 3, susun jadual brkenaan kerohanian.

saiful n awatif: hmm..wan madihah pn ok. :)

suhaib: sy stuju 100 pratus kewujudan badan bebas pantau perjalanan pendidikan negara, jgn libatkn org politik. biar para intelektual buat kerja. spt mana sy jgk stuju ditubuhkan majlis fatwa ke dua yg bebas, trdiri dr para ulama diiktiraf n para cendekiawan.

awatif said...

aufa laaaaaaaaaaa.... (awfa) hehe