23 April, 2009

Semut dan malaikat boleh berfikir dan menganalisis?

Apabila saya merujuk kisah semut dan Nabi Sulaiman dalam ayat 18 dan 19, surah An-Naml dalam Al-Quran, firman Allah berbunyi begini:

(Maralah angkatan -tentera Nabi Sulaiman- itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml” (lembah semut), berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka (tentera Sulaiman) tidak menyedari”. [18]

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku -dengan limpah rahmatMu- dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. [19]

>> Bukankah tindakan arahan semut itu menggambarkan analisis bijak semut tentang bahaya yang akan menimpa mereka sehingga keluar arahan menyelamatkan diri?

Bagaimana pula tindakan rakan-rakan semut yang tahu dan mampu pula menerima arahan?

Jika binatang benar-benar tidak berakal -tidak pandai berfikir-, bagaimana pula dengan kes semut ini?

Lalu, saya renung pula sedikit dialog Allah dan malaikat sewaktu Allah menyampaikan 'hasrat'Nya kepada malaikat untuk mencipta khalifah (manusia) di muka bumi, dalam surah Al-baqarah, ayat 30. Begini firmanNya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [30]

>> Bagaimana pula malaikat sudah boleh tahu sikap manusia yang akan melakukan bencana dan menumpahkan darah, sedangkan Allah baru sahaja bercadang ingin mencipta manusia?

Bagaimana malaikat boleh berfikir secara logik seakan-akan mereka tahu bahawa penciptaan manusia membawa tumpah darah?

Bagaimana pula mereka tahu berfikir secara kritikal dan analitikal sebegini?

Atau, sudah adakah 'fail-fail kes lampau' kejahatan manusia yang tersimpan dalam 'peti' dan direkodkan oleh para malaikat, dalam penciptaan 'batch-batch manusia terdahulu' sebelum Adam, menyebabkan malaikat sudah lali berpengalaman dengan sikap manusia?

Bukankah dalam beberapa tempat dalam Al-Quran, Allah telah jelaskan: "Kami sudah pernah memusnahkan umat-umat terdahulu"?

2 comments:

hakimi mahmud said...

saya percaya bahawa, sebelum manusia 'batch Adam a.s.' sudah ada batch2 manusia yang lain(mungkin tidak semestinya manusia, mungkin makhluk lain juga).. selepas batch Adam, mungkin diciptakan pula oleh ALLAH s.w.t. batch yang baru

suhaib said...

Tafsiran terhadap isu-isu ini masih dibuka luas:

1. Adam
- Siapa Adam yang disebut dlm quran?Adakah Adam yg mula2 dicipta?atau anak cucu cicit seorang manusia yg dah wujud?

2. Syurga (tempat mula Adam spt dlm surah baqarah)

- Syurga yg disebut dlm surah ni syurga Allah utk manusia selepas qiamat atau syurga yg dicipta sebelum kejadian Adam (bukankah Dia maha pencipta yg mencipta dan terus mencipta?Dia cipta, Dia ubah, Dia musnahkan...ikut suka Dia)
Kalau syurga slp. qiamat, pasaipa ada plak larangan dekati pokok khuldi?

3. penciptaan Hawa
- betulkah tok hawa dicipta dari tulang rusuk tok Adam?mungkin juga Adam dan Hawa yg disebut dlm surah baqarah tu dicipta dr seorang manusia yg dah mati. lalu tuhan amik manusia tu yg dah jadi tanah, ditiup nyawa...Dia maha mencipta.Dia buat apa yg Dia kehendak

faedah yg bleh kita dapat dgn isu ini:
Belajar falsafah sains,merespon teori evolusi darwin yang juga dia kutip dari al-farabi (alfarabi yg mula mencetuskan teori evolusi manusia.darwin kata manusia dari beruk,al-farabi lah yg mulakan), dapat belajar psikologi manusia, menjadikan kita merendah diri, fikiran kita terus berjalan, menjaga wanita dan hak setara depa dgn lelaki, bimbing n cintai depa:)

wallahu a'lam