29 October, 2009

C i n ( T ) a



Siang tadi, saat kornea mata saya sudah berpinar-pinar
dengan mainan ratusan angka dan simbol Latin
di atas helaian lembaran putih yang berserakan
di dada meja Perpustakaan Tun Abdul Razak 1,
saya berehat sebentar dengan membelek-belek
Majalah Tempo -terbitan dari Indonesia- maka
tiba-tiba terbitlah Cin(t)a.
Hari ini baru saya tahu dan
belum pun lagi saya tontoninya.

Cin(T)a (2009),
kisah seorang Cina bernama Cina,
kisah seorang wanita bernama Annisa,
dan kisah Tuhan Yang Satu lagi Esa,
enak ditonton mereka yang masih ada telinga,
juga mereka yang masih ada mata.

*Untuk sebarang tuduhan @
sok-sek-sok-sek @ bising-bising di belakang,
ke atas diri saya, sila emailkan terus ke:
ahli.kebenaran@yahoo.com

baca tulisan ini sepenuhnya..

28 October, 2009

Arti tauhid oleh Sukarno



Sekian lama saya tidur (tidaklah selama para Pemuda Gua tidur), kiriman terbaru ini bukanlah bukti saya tidak patriotik - saya amat cintakan tanah air subur, Malaysia tempat darah merah saya tumpah ini. Bukan juga bukti saya ejen asing mahupun perisik. Bukan juga bukti saya pengkhianat bangsa mahupun pembelot negara. Bukan juga saya meniupkan api. Bukan juga bukti Malaysia ketandusan tokoh. Bukan juga sudah tiada orang lain. Bukan juga bukti saya peminat Sukarno. Bukan juga, bukan juga, dan bukan juga. Tidak, bukan semua ini. Jangan siapa-siapa pun mengambil kesemua telahan dalam kiriman ini sebagai bukti yang dipaksa-paksakan.

Yang saya tahu, saya baru sahaja bertemu jodoh dengan klip video ini, lalu jatuh hati. Saya cuma mengidam, menanti-nanti dan merindui kemunculan seorang Perdana Menteri Malaysia yang mampu mengungkap pengertian tauhid secara mendalam dan menyentuh lubuk hati, -jika tidak keterlaluan- sebagai contohnya, seperti ini. Itu saja.

baca tulisan ini sepenuhnya..